PLUVIOPHILE

I love rains.

SIMPLE

WEARING SOMETHING COMFORTABLE IS CONSIDERED A FASHION.

PRACTICALITY

BEING PRECISE BUT NOT TEDIOUS.

REALISTIC

MAKE SOMEONE ELSE LIFE EASY.

INTROVERT

AM SURROUNDED WITH LOVELY PEOPLE AROUND ME.

Tuesday, August 3, 2010

ANALISIS PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 6

SEKOLAH: SK RAPAT JAYA

GURU : PN NOR ELYANA BT ZAINAL
KELAS : 6 NILAM
ARAS : SEDERHANA
BIDANG : MELUKIS DAN MENGGAMBAR
TAJUK : POSTER ' JAUHI DADAH'


Aktiviti melukis merupakan satu kesukaan bagi kanak-kanak. Ianya dapat meransang otak kanan sekaligus dapat mengimbangi intelektual murid dari segi psikomotor dan emosi. Tidak dinafikan bahawa pendidikan seni visual (PSV) dapat mencungkil kreativiti anak-anak. Oleh yang demikian, seorang guru PSV perlulah melakukan penilaian bagi setiap bidang. Bagi diri saya, penilaian merupakan satu penghargaan yang dapat diberikan kepada murid di atas sikap kesabaran dan ketekunan mereka sewaktu mempelajari matapelajaran ini. Berikut merupakan 2 poster yang telah saya pilih untuk dianalisis.







Lukisan pertama:


Nor Sabrina Nabila Bt Izahak





Pada pendapat saya, murid ini tidak berkebolehan memilih tulisan poster yang sesuai untuk temanya. Namun, tulisan ini adalah besar dan ianya merupakan salah satu ciri melukis poster. Jika dilihat dengan teliti, murid ini menggunakan pendekatan menggambar sejenis rokok pada huruf i di perkataan Jauhi. Dia merupakan seorang yang kreatif. Dari sudut yang lain, murid ini berpengetahuaan tentang dadah. Dia mampu melukis rokok, pil, picagari dan lilin sebagai penekanan kepada dadah. Ini sudah mencukupi. Ianya merupakan pengetahuaan sedia ada murid itu sendiri. Seterusnya, dari segi warna, lukisan ini menggunakan campuran warna air dan krayon. Seperti yang kita ketahui murid perlu menggunakan warna poster bagi menonjolkan imej sesuatu poster. Oleh sebab itu, lukisan ini tidak sekata dan kurang menyerlah. Tambahan pula tiada tona warna digunakan pada tulisan.




Lukisan kedua
Anis Syazwani Bt Zulkifli


Apa yang menarik tentang lukisan ini ialah teknik murid menyusun huruf secara melengkung. Namun demikian, tulisan yang digunakan adalah kecil dan tidak formal. Dia juga membuat kotak pada tulisan. Ianya seolah-olah mengasingkan fungsi tulisan poster dari gambarnya. Bagi saya ianya adalah kurang tepat. Tulisan poster dan gambar perlu disatukan bagi menggambarkan maksud keseluruhan poster. Seperti murid tadi, Anis Syazwani juga berpengetahuan tentang dadah. Dia juga menggunakan warna air dan krayon untuk mewarna poster. Apa yang menjadi persoalan saya ialah murid ini mewarna biru di bahagian bawah poster. Setelah ditanya dia menyatakan ianya merupakan air. Pada pendapat saya, elemen air di dalam lukisan poster ini hanyalah sebagai escapisme untuk memenuhi ruang.


















































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...