Sunday, August 21, 2016

Parkir Lot (Parking lot) kelas saya

Parking lot di dalam kelas abad ke 21 mungkin tidak asing bagi guru-guru. Saya juga telah cuba membuat parking lot sendiri dengan mengambil ilham guru-guru luar negara di imej google. Di bawah adalah parking lot kelas saya

Bagi yang belum biasa dengan aktiviti appresiasi dan luahan perasaan ini, guru-guru bolehlah mencuba kaedah di bawah:

1. Satu kertas manila kosong juga boleh dijadikan parkir.
2. Sediakan sticky notes
3. Pada masa 5 minit terakhir minta murid membuat refleksi tentang apa yang mereka hendak luahkan pada akhir pengajaran.
4. Minta murid lekatkan sticky notes di parkir
5. Selepas pdp guru boleh mengutip semua sticky notes dan pada waktu lainnya guru yang lain pula boleh menggunakan parkir tersebut.
6. Guru boleh membaca luahan hati murid dan mengaitkan juga dengan objektif pengajaran guru pada hari tersebut.


Antara contoh hasil refleksi murid -murid saya

Selain daripada parkir lot yang ditampal di dalam kelas, saya juga telah membuat parkir lot pengajaran dalam bentuk maya iaitu melalui padlet.com

Anda boleh melihat contoh parking lot saya di ruangan ini. Selamat mencuba

0 comments:

Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...