Hari ini saya nak share buat materials untuk reading programme launching. Susah juga nak cari idea. Saya cuba berbincang dengan cikgu Azizah di fb messenger untuk mencari idea. So, she listed out a few. Saya pilih cadangan untuk buat big book for launching. Next, saya lihat youtube bagaimana nak hasilkan buku besar. Saya ikut seperti youtube ini( credit to the owner):
Seterusnya , saya ikut sama macam ni. Cuma ada part yang saya tak buat sebab big book saya bukan la besar sangat.
Kita buat template guna corak di atas dan tekap pada modeling board. Perlu diingatkan perlu guna kertas kad board yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis kad board di pasaran. Untuk buat sesuatu yang boleh didirikan gunakan modeling board. Nampak macam elephant card board je.. tapi bila didirikan dengan menggunakan gam uhu binaan boleh didirikan. Amazing.
Gambar di atas adalah contoh sebelah rangka big book yang dibuat menggunakan modeling board. Seterusnya rangka tersebu di lekatkan di atas mounting board( warna hitam).
Kemudian, untuk jadikan lembaran muka surat di bahagian atas, tepi dan bawah gunakan elephant card. Lekatkan semua bahagian dengan kemas. Akhir sekali bolehlah lukiskan jalur pada bahagian tepi, bawah dan atas buku. Proses ini diulangi untuk buat bahagian buku di sebelah yang lain pula. dan inilah hasilnya
Sila abaikan gambor bakul kain sebakul yang tidah dilipat di atas.kih kih.. Ini adalah contohnya. So move on to the next step. Saya bercadang untuk melekatkan perkataan 'reading' dan 'is' pada sebelah kiri buku. Pada waktu perasmiaan guru besar akan menampal perkataan 'awesome' di sebelah kanan. Saya gunakan penegak big book ( pinjam library punya) untuk meletak big book ini.
Taraa.. Memang senget sikittt je la sebab ukur tak betul tapi tak nampak sangat kan. :P . Akhir sekali sewaktu bergambar saya sediakan english props. Bagi kat sorang satu pegang dan selesai.
0 comments:
Post a Comment