Saya dan rakan terlibat dengan aktiviti LINUS Bahasa Inggeris di daerah Kinta Utara pada 3 Ogos yang lalu. Sebanyak 6 buah sekolah telah terlibat di dalam projek ini. Sekolah saya telah ditugaskan untuk menghasilkan bahan bantu untuk konstruk 7 (penulisan). Setelah mengadakan perbincangan dengan rakan, kami bersetuju untuk menghasilkan aktiviti 'fish the phrases'.
Pada awalnya kami telah memilih 3 jenis gambar pekerjaan seperti nurse, policeman dan teacher. Rakan saya memilih untuk draf petikan dan pilihan jawapan. Saya pula mewarna gambar akuarium dengan menggunakan crayon dan mencari gambar haiwan di laut di dalam google imej.
Alatan yang diperlukan untuk aktiviti ini adalah seperti pancing mainan( boleh beli di kedai RM2, berserta GST 15sen), kolam kanak-kanak (saya ambil kolam anak di rumah.. kih kih), magnet yang boleh digunting, salotape,kad manila, kertas berwarna sticker dan bluetax.
Setelah memilih gambar haiwan di dalam laut di dalam google image. Copy gambar ke microsoft words. Kecil atau besarkan gambar mengikut kesesuaian akuarium yang telah diwarnakan. Di sini saya telah menggunakan satu kad manila untuk menghasilkan gambar akuarium. Setelah itu insert text box dan tulis frasa yang dikehendaki. Print gambar pada kertas berwarna dan laminatekan gambarkan tersebut. Di belakang gambar boleh letakkan magnet( Saya beli magnet panjang yang boleh digunting). Contoh frasa adalah seperti di atas. Frasa-frasa tersebut saya letak di dalam kolam.
Di papan putih bermagnet tampal gambar dan kad manila yang diwarnakan lukisan akuarium. Di atas kad manila tersebut, cetak ayat petikan yang telah didraf. ( saya gunakan kertas sticker bagi membuat petikan)
Seterusnya adalah gambar aktiviti memancing ikan. Gunakan pancing dari kedai dua ringgit (jangan susah badan untuk buat fishing rod sendiri.. hihi..) Bab ini teknikal part saya gagal sedikit. Saya lekatkan magnet di belakang badan ikan. Tetapi pada mulanya ikan tersebut diletakkan di bahagian hadapan supaya murid dapat membaca dan memilih ikan yang betul. Setelah itu murid pusingkan ikan tersebut di belakang untuk aktiviti pancing. ( Boleh giteww..hihi.. terbalik- terbalikkan ikan.. hihi)
Setelah memilih ikan dengan frasa yang betul, murid meletakkan ikan tersebut di tempat kosong di di dalam akuarium kad manila. Teknikal part yang ini pun tak menjadi juga. Don't worry kita ada plan A,B,C, D.. hihi. Secara logiknya sepatutnya ikan tu melekat pada kad manila but unfortunately it did not work. #stress. Oleh itu, kami menggunakan blue tax untuk lekatkan ikan tersebut pada ayat. (Mak ok jer)
Taraa! This is the final product. Lepas tu apa lagi drill membaca la kan. Secara amnya saya sangat berpuas hati dengan aktiviti ini. Sila abaikan teknikal part yang dinyatakan sebelum ini. hihi. Saya anggap aktiviti telah berjaya menjana kreativiti saya. Yeah..berjaya. ( Den perason jo den kretip :P.. )
0 comments:
Post a Comment