Saya berpengalaman mengajar tahun 6 selama 6 tahun. Walaupun sudah lama saya tidak bersama team 'bangkit UPSR' tetapi saya masih banyak menyimpan lembaran kerja berkaitan membina ayat mudah untuk murid lemah dan galus. ( Selama 6 tahun mengajar tahun 6 saya hanya pernah sekali memegang kelas cemerlang dan 5 tahun saya memegang kelas lemah dan galus). Jadi saya akan kongsikan bagaimana cara membolehkan murid boleh membina ayat mudah tanpa melakukan kesalahan tatabahasa yang banyak.
Teknik 1: Penggunakan sentence pattern yang sama dan pengukuhan latihan parallel writing.
Contoh
Fokus: Grammar (demonstrative pronouns: this, that, these, those)
Sentence pattern yang akan digunakan ialah: This is a book
Oleh itu, kita akan mengajar murid membina ayat menggunakan 3- 4 perkataan sahaja. Selalu saya tekankan kepada murid " anda perlu bina ayat menggunakan 4 perkataan sahaja". Dengan cara ini murid galus akan lebih bermotivasi untuk membina ayat.
Langkah-langkah
1. Ajar mereka tentang fungsi :- this, that, these, those. Beri mereka faham sedikit tentang perbezaan terlebih dahulu.
2. Gunakan sentence pattern yang hendak diajar. Terangkan maksud ayat bagi pengukuhan pemahaman. Selain itu guru juga perlu menerangkan fungsi verb to be ( is , are) , determiners ( a, an, some, any) dan juga singular, plural nouns
3. AKTIVITI LISAN( ORAL): Walaupun fokus utama adalah writing tetapi saya berpendapat aktiviti lisan juga sangat penting bagi murid membina ayat. Contoh aktiviti: Guru menyebut di dalam bahasa melayu dan murid membina ayat secara lisan di dalam bahasa inggeris. Misalnya:
Guru: Itu adalah sebuah rumah.
Murid akan membina ayat di dalam pemikiran mereka sambil menyebut dan ini sangat berkesan sewaktu aktiviti penulisan selepas itu.
4. Sediakan lembaran kerja mudah (saya olah sendiri soalan dengan mengambil contoh buku dan bahan internet) Lembaran kerja mempunyai sentence pattern yang sama.
Saya sediakan juga lembaran kerja berbentuk pdf. Boleh download di sini.
https://drive.google.com/file/d/0Bxg6TqDTzz-faXUzc2JRYy04TVE/view?usp=sharing
https://drive.google.com/file/d/0Bxg6TqDTzz-faXUzc2JRYy04TVE/view?usp=sharing
Jawapan bagi lembaran kerja di atas
1. Those are some books
2. This is a kite
3. That is a river
4. Those are three bicycles
5. That is an aquarium
5. This is a vest.
7. These are pancakes
8.Those are stars
9. That is a rainbow
10. These are knives
11. This is a stroller
12.These are toys
13. Those are lambs
14. That is an ostrich
15. These are coconut trees
Ini adalah untuk murid lemah dan galus ya. Murid cemerlang tolong jangan guna. Karang terbantut kreativiti budak-budak. Haha..
Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment