Rajin sungguh mak jemah update blog pagi-pagi ni. ☺Hari ni saya ingin menunjukkan manual penggunaan ibu bapa bagi padlet.com. Bagi sekolah saya, tugasan frog dan padlet boleh dianggap wajib kerana sekolah ini merupakan sekolah cluster kebitaraan ICT.
Semasa mesyuarat agong PIBG tahun ini, saya telah diminta oleh pihak sekolah dan PIBG untuk membuat manual penggunaan berbentuk flyers tentang bagaimana ibu bapa dapat akses padlet.com yang mana membolehkan mereka dapat membantu anak-anak melakukan kerja sekolah berasaskan ICT di rumah.
Boleh muat turun manual ini di pautan ini:
https://drive.google.com/file/d/0Bxg6TqDTzz-fZWh0MldKZXZTb0E/view?usp=sharing
Manual penggunaan membolehkan ibu bapa dapat melihat langkah-langkah dengan lebih jelas. Jika kita ingin murid membuat kerja ICT kita perlu membantu ibu bapa memahami cara- caranya terlebih dahulu dan barulah murid-murid boleh membuat kerja sekolah mereka. Kerja abad ke 21 perlu smart dan cekap, betul tak?
Di mana kita boleh edarkan flyers? Selain mesyuarat agong PIBG kita juga boleh mengedarkan flyers ini pada Hari bertemu waris.
Harap membantu kawan-kawan hari ini..
0 comments:
Post a Comment