Pada kali saya ingin berkongsi idea penggunaan bubble wrap bagi membezakan huruf. Huruf yang saya pilih adalah Bb dan Dd. Saya gunakan BBM ini pada waktu akhir pengajaran iaitu sewaktu slot pemulihan. (Bagi guru BI kami perlu melaksanakan pemulihan murid LINUS sendiri).
Alatan yang diperlukan adalah:
1. Bubble wrap. Boleh beli di kedai kreatif dalam bentuk meter. Sebenarnya terdapat banyak saiz dan pada pendapat saya saiz yang besar bulatannya adalah lebih sesuai untuk aktiviti ini.
2. Jikalau size bubble wrap besar kita hanya perlu tulis di atas bulatan huruf-huruf yang ingin mereka pelajari.
3. Jika saiz bubble wrap tersebut itu kecil( seperti di atas) , kita perlu cetak huruf di atas kertas sticker dan lekat satu persatu. Memang banyak kerja sikit tetapi berbaloi.
Aktiviti pemulihan/remedial yang dilaksanakan:
1. Penerangan huruf ( Saya guna papan putih sahaja)
2. Latih tubi
3. Aktiviti lisan dengan menggunakan bubble wrap. Guru sebut huruf dan murid picit bubble wrap.
Contoh lesson plan mainstream(perdana) dan remedial (linus) saya sertakan pada link berikut. Harap maklum lesson plan saya memang sangat panjang kerana saya membuat perancangan harian berbentuk online. Kalau ada kesalahan maklum pada saya ya.
https://drive.google.com/file/d/0Bxg6TqDTzz-feVlmQnBNbVhZQnc/view?usp=sharing

Harap dapat membantu.
0 comments:
Post a Comment