Pada kali ini, saya ingin kongsi idea aktiviti 'scavenger hunt' menggunakan risalah pasaraya.
Kebiasaannya, saya akan mengumpul risalah ini sedikit demi sedikit. Sehari sebelum aktiviti dilaksanakan saya minta murid untuk bawa helaian pasaraya pada hari esoknya. Bagi murid yang tidak bawa, saya berikan risalah yang telah kumpul kepada mereka.
Aktiviti ini dinamakan 'Grocery Store Scavenger Hunt'. Ianya adalah bagaimana murid dapat mengenalpasti perkataan yang tertera pada lembaran kerja dan seterusnya mencari barangan yang dikehendaki di dalam risalah. Murid dikehendaki menggunting dan menyatakan harga seperti yang tertera pada risalah.
Aktiviti ini juga boleh dijadikan bahan PBS! Bak kata omputih Kill two birds with a stone. Bagi satu lembaran kerja kita boleh buat untuk banyak laporan seperti PBS, English Week activity dan lain-lain. Jimat masa, tenaga dan duit. ..try it then!