Saturday, September 16, 2017

Aktiviti Simulasi jualan English Year 1 Unit 18: Spend Smartly

Pada 8 September 2017, Kelas 1 Amir telah mengadakan aktiviti simulasi bagi Unit 18. Pada awalnya saya telah memberi arahan kepada ibu bapa melalui blog dan alhamdulillah daripada 41 orang murid cuma 2 orang yang tidak dapat membawa item yang diminta. 


This is how I do... Saya bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Ada 6 kumpulan semuanya. Guru buat latih tubi di sekolah tentang dialog yang akan digunakan. Murid juga akan buat latih tubi bersama ibu bapa di rumah. Contoh dialog:

How much is this?
This is Rm2
Thank you.
You are welcome

Pada hari aktiviti simulasi, saya panggil kump 1, 2 dan 3 untuk jual barang terlebih dahulu dan kumpulan 4,5 dan 6 membeli barang. Kemudian tukar peranan. Mereka menghias gerai dengan poster jualan dan phamplet dan suasana ini sangat menarik.

Seterusnya saya kumpulkan semua murid kumpulan 1-6 untuk berada di meja masing dan saya minta bantuan guru-guru untuk datang ke gerai jualan  . Mereka juga perlu bertutur di dalam bahasa Inggeris. Murid-murid juga boleh membeli barang-barang daripada rakan-rakan mereka.

Group 2

Group 3

Group 6 with Cik Sarina

Group 5

Group 1

Arif Zakwan's Maruku Kacang

Selepas Pdpc saya juga telah upload semua gambar dan video di dalam padlet.com. Saya telah minta jasa ibu bapa untuk memberi sedikit komen tentang aktiviti dan penglibatan anak mereka. Komen-komen ini sangat penting bagi laporan sarana ibubapa. Boleh lihat di link ini :


Harap dapat memberi sedikit idea kepada guru. ❤

0 comments:

Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...