Saturday, February 24, 2018

Pembelajaran Berasaskan Projek Tahun 2: Membuat Cokelat

Projek membuat cokelat ini merupakan salah satu aktiviti abad ke 21 iatu Pembelajaran berasaskan projek.Pada 21 dan 22 Februari 2018.. ( eceh eceh.. gaya budak tahun 6 start karangan.. haha).. saya dan rakan-rakan telah anjurkan satu pembelajaran berasaskan projek bersama Kolej Komuniti Sg Siput. Berapa bayaran? Itu kena tanya kolej Komuniti yang berhampiran. Saya berurusan dengan Kolej Komuniti Sg. Siput. Bayaran itu biarlah rahsia...

Konsep pembelajaran ini sangat mudah. Murid perlu melakukan dan menghasilkan bahan projek ( di sini ialah penghasilan cokelat pada akhir pembelajaran). Saya share gambar-gambar yang telah diambil sewaktu projek dijalankan.

Kolej Komuniti Sungai Siput

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan

Mendengar penerangan daripada Pensyarah

Basuh tangan sebelum buat kerja

Potong cokelat Compund berbentuk dadu

Cairkan cokelat putih

Cairkan cokelat Compund

Gunakan piping bag untuk masukkan cokelat ke dalam acuan

Masukkan cokelat ke dalam peti sejuk

Keluarkan cokelat dan susun cokelat ke dalam papercups'

Selepas melakukan aktiviti ini di kolej, murid bolehlah melakukan aktiviti enrichment di rumah. Saya memilih platform padlet.com bagi murid melakukan aktiviti penulisan. Berikut adalah pautannya:

Selamat mencuba!

0 comments:

Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...