PLUVIOPHILE

I love rains.

SIMPLE

WEARING SOMETHING COMFORTABLE IS CONSIDERED A FASHION.

PRACTICALITY

BEING PRECISE BUT NOT TEDIOUS.

REALISTIC

MAKE SOMEONE ELSE LIFE EASY.

INTROVERT

AM SURROUNDED WITH LOVELY PEOPLE AROUND ME.

Friday, June 22, 2018

Trek basikal kanak-kanak Taman Dr. Senivasagam Ipoh

Kita lari sikit topik kali ini. Selalu saya kongsi idea PdPc, tapi kali ini saya ingin kongsi satu tempat di Ipoh iaitu Trek Basikal. Saya suka tempat ini kerana ianya tenang dan sangat mententeramkan. Both of us, my husband and me are introvert type , maka tempat ini sesuai untuk jiwa kami berdua dan juga jiwa anak-anak kami. Saya dan suami tidak suka berada tempat yang padat kerana sangat menyesakkan. Siapa sama kita geng..

Untuk yang bukan tinggal di Ipoh, nak taman ini senang sahaja. Berada di tengah bandaraya Ipoh dan berdekatan dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun. (Ala.. google maps kan ado).

Trek basikal ini direka menyerupai dengan jalan raya sebenar . It looks like real road with the road signs, roundabouts, traffic lights, bus stop, etc. Pemandangan di sini juga sangat awesome. Taman ini adalah di bawah selian Majlis Bandaran dan masuk adalah percuma. Perkhidmatan menyewa basikal juga disediakan. Tidak mahal pun. Bagi basikal kecil RM2 dan basikal besar RM5 untuk tempoh satu jam.

Saya kongsikan gambar di bawah..

 



Dengan maklumat yang tidak seberapa ini, harap dapat guide you all nak cari tempat-tempat yang simple dan awesome dan yang penting tak guna banyak wang. Jika saya pergi ke tempat orang pun, saya akan google benda yang sama. Enjoy! Bye!



Monday, June 4, 2018

Projek Habitat CEFR Bahasa Inggeris Tahun 2

Projek ini dilaksanakan selama 4 minggu bagi tujuan pentaksiran berasaskan bilik darjah bagi kemahiran  yang dinilai iaitu 3.2.3 i) Use visuals on the page to help understand a word or phrase. Murid sangat komited melaksanakan projek ini dengan bantuan ibu bapa , guru dan bahan rujukan tambahan seperti picture dictionary dan sumber internet. Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan dan ianya dilaksanakan pada akhir waktu pengajaran.

HASIL PROJEK MURID

Group 1 (Desert)

 Group 2 (Jungle)

Group 3 (Ocean)

Group 4 (Ocean)

Group 5 (Jungle)

Group 6 (Ocean)

Aktiviti ini mendapat kerjasama yang penuh daripada ibu bapa. Mereka cuba memberi cadangan penambahbaikan di dalam platform padlet.com. Rujuk link : https://padlet.com/imansofea06/habitat

Setelah selesai aktiviti projek ini, saya meletakkan hasil kerja murid di ruang belakang bagi sesi pameran. Kami telah menjemput murid-murid dari kelas lain, guru-guru serta guru besar untuk melihat hasil kerja murid serta memilih satu kumpulan yang mereka rasakan terbaik dan menulis di atas kertas serta dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan. untuk diberikan hadiah yang istimewa bagi usaha keras mereka selama beberapa minggu ini. 

Sesi lawatan murid Pra sekolah

Murid menilai kumpulan terbaik

Memang seronok melaksanakan projek ini. My students love it..

Penggunaan papan layar ( backdrop) di dalam pengajaran dan persembahan

Pada mulanya, saya memesan papan layar ini untuk digunakan bagi persembahan Action song sekolah. Then, I discovered it has a multipurpose use. Corak yang saya pilih adalah berbentuk permandangan agar ianya boleh disesuaikan dengan kebanyakan keadaan. Harga board ini adalah RM200+. Jika ianya diulang pakai oleh guru-guru, maka pembelian backdrop ini adalah sangat berbaloi. 

PERSEMBAHAN ACTION SONG 2018 - NYANYIAN LAGU LEMON TREE


PERSEMBAHAN ENGLISH ON THURSDAYS - NYANYIAN LAGU FLY FLY FLY THE BUTTERFLY

PENTAKSIRAN BERASASKAN BILIK DARJAH ( 2.3.1 - INTRODUCE SELF TO AN AUDIENCE USING FIXED PHRASES) 

Ala-ala public speaking gitu.. Ok.. time to go.. adios!

 


Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...