Friday, June 22, 2018

Trek basikal kanak-kanak Taman Dr. Senivasagam Ipoh

Kita lari sikit topik kali ini. Selalu saya kongsi idea PdPc, tapi kali ini saya ingin kongsi satu tempat di Ipoh iaitu Trek Basikal. Saya suka tempat ini kerana ianya tenang dan sangat mententeramkan. Both of us, my husband and me are introvert type , maka tempat ini sesuai untuk jiwa kami berdua dan juga jiwa anak-anak kami. Saya dan suami tidak suka berada tempat yang padat kerana sangat menyesakkan. Siapa sama kita geng..

Untuk yang bukan tinggal di Ipoh, nak taman ini senang sahaja. Berada di tengah bandaraya Ipoh dan berdekatan dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun. (Ala.. google maps kan ado).

Trek basikal ini direka menyerupai dengan jalan raya sebenar . It looks like real road with the road signs, roundabouts, traffic lights, bus stop, etc. Pemandangan di sini juga sangat awesome. Taman ini adalah di bawah selian Majlis Bandaran dan masuk adalah percuma. Perkhidmatan menyewa basikal juga disediakan. Tidak mahal pun. Bagi basikal kecil RM2 dan basikal besar RM5 untuk tempoh satu jam.

Saya kongsikan gambar di bawah..

 



Dengan maklumat yang tidak seberapa ini, harap dapat guide you all nak cari tempat-tempat yang simple dan awesome dan yang penting tak guna banyak wang. Jika saya pergi ke tempat orang pun, saya akan google benda yang sama. Enjoy! Bye!



0 comments:

Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...