PLUVIOPHILE

I love rains.

SIMPLE

WEARING SOMETHING COMFORTABLE IS CONSIDERED A FASHION.

PRACTICALITY

BEING PRECISE BUT NOT TEDIOUS.

REALISTIC

MAKE SOMEONE ELSE LIFE EASY.

INTROVERT

AM SURROUNDED WITH LOVELY PEOPLE AROUND ME.

Wednesday, October 18, 2017

Aktiviti kawalan kelas menggunakan permainan Pirate Roulette

Pirate Roulette toy from Mr DIY. Harga RM10 ++. Saya beli di MR. DIY Ipoh Parade.

Using Pirate Roulette during tense hours such as before recess time or before school ends is absolutely amazing. 

Aktiviti yang boleh dilakukan :

Aktiviti individu
Seorang demi seorang murid akan masukkan pedang di bahagian tepi tong. Murid yang tidak melantunkan si lanun boleh berbaris di luar kelas. Murid yang lantunkan si lanun di kira kalah dan tunggu sebentar di dalam kelas. ( Semua murid akan keluar rehat serentak cuma guru wujudkan unsur suspense sebelum keluar rehat) Main untuk 2 pusingan lagi sebelum keluar rehat. 

Aktiviti berkumpulan boys vs girls ( battle of the genders)
Seperti di atas pemain adalah individu yang mewakili jantina masing-masing. Jika murid lelaki yang lantunkan si lanun mata akan mula di kira 0 ( lelaki) dan 1 (perempuan). Main permainan ini 2-3 pusingan lagi bagi penentuan pemenang. Permainan ini sesuai dilakukan sebelum masa persekolahan tamat.

Sunday, October 15, 2017

Year 1 Unit 11: My beautiful garden

I drew it myself. Enjoy!

Monday, October 2, 2017

2017 overall analysis and the winners!

Dear parents,

Terdapat dua bahagian penilaian iaitu pertama kerja sekolah dan perihal kelas. Saya akan beri data, markah, analisis dan sumbangan kerja sekolah tahunan 2017 serta hadiah lebih awal. Bahagian ke-2, adalah hadiah yang akan diberikan pada Hari Kanak-Kanak oleh pihak sekolah. Bagi bahagian pertama,  saya akan beri hadiah pada 3 Oktober.

A. Frog vle

Link kepada data dan analisis frog vle boleh dilihat di sini: 

5 pemenang frogvle assignments
Aimy Ummi Izzati
Aliya Batrisyia
Muhd Aqiel
Nur Alya Imanina
Adam Iskandar

B. Padlet.com

Link ke pada data dan analisis padlet boleh lihat di sini :
https://drive.google.com/file/d/0Bxg6TqDTzz-feWFYOFVLUVk1ams/view?usp=sharing

6 pemenang padlet.com assignments
Airis Qaisara
Meor Naufal Darwish
Muhd Adam Harris
Nurul Ain Nabiha
Ayra Adani

Keethikaashree


C. Sahsiah terbaik
[hadiah akan diberikan pada hari Kanak-Kanak oleh pihak sekolah di dewan sekolah. Nama murid dirahsiakan sehingga Hari Kanak-Kanak berlangsung]

D. Tulisan cantik
Meor Naufal Darwish
Aimy Ummi Izzati
Nur Farah Dahliah

E. Sticker reward terbanyak
Meor Naufal Darwish
Aimy Ummi Izzati
Keethikaashree
Aisya Humaira


F. Kumpulan terbaik kelas 1 Amir

Kumpulan Gopal
G. Sifar ponteng
[hadiah akan diberikan pada hari Kanak-Kanak oleh pihak sekolah di dewan sekolah. Nama murid dirahsiakan sehingga Hari Kanak-Kanak berlangsung]

H. Jawatankuasa kelas:
Ketua kelas : Muhd Aqil Syafi

Penolong Ketua kelas : Nur Farah Dahliah

Ketua Kumpulan Yaya : Meor Naufal Darwish

Ketua Kumpulan Gopal : Aimy Ummi Izzati

Ketua Kumpulan Feng : Meor Akif Rayyan dan Nurul Ain Nabiha

Semua murid juga akan menerima sedikit cenderahati bagi memberi semangat kepada mereka sebelum peperiksaan bermula.

Terima kasih di atas sokongan ibu bapa pada tahun ini. Bagi Bahasa Inggeris unit yang akan diuji adalah dari 11-20 berdasarkan buku teks. Diharap ibubapa dapat membuat ulangkaji pelajaran bersama anak-anak.

Sebagai guru kelas 1 Amir 2017, saya redha dan memberkati ilmu yang telah sata curahkan kepada anak didik saya. Jika ada kesilapan daripada pihak saya dan rakan-rakan saya , dengan rendah diri kami ingin memohon maaf.

Selepas peperiksaan, pdpc masih berjalan seperti biasa memandangkan terdapat beberapa topik yang belum selesai.

Harap maklum.

MDM EL

Monday, September 18, 2017

Cara image and colouring page [ Kertas mewarna kuih cara]

It is quite hard for me to draw curvy lines using powerpoint. Cara is one of my favourite traditional cakes.This is the product. Enjoy!

Saturday, September 16, 2017

Aktiviti Simulasi jualan English Year 1 Unit 18: Spend Smartly

Pada 8 September 2017, Kelas 1 Amir telah mengadakan aktiviti simulasi bagi Unit 18. Pada awalnya saya telah memberi arahan kepada ibu bapa melalui blog dan alhamdulillah daripada 41 orang murid cuma 2 orang yang tidak dapat membawa item yang diminta. 


This is how I do... Saya bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. Ada 6 kumpulan semuanya. Guru buat latih tubi di sekolah tentang dialog yang akan digunakan. Murid juga akan buat latih tubi bersama ibu bapa di rumah. Contoh dialog:

How much is this?
This is Rm2
Thank you.
You are welcome

Pada hari aktiviti simulasi, saya panggil kump 1, 2 dan 3 untuk jual barang terlebih dahulu dan kumpulan 4,5 dan 6 membeli barang. Kemudian tukar peranan. Mereka menghias gerai dengan poster jualan dan phamplet dan suasana ini sangat menarik.

Seterusnya saya kumpulkan semua murid kumpulan 1-6 untuk berada di meja masing dan saya minta bantuan guru-guru untuk datang ke gerai jualan  . Mereka juga perlu bertutur di dalam bahasa Inggeris. Murid-murid juga boleh membeli barang-barang daripada rakan-rakan mereka.

Group 2

Group 3

Group 6 with Cik Sarina

Group 5

Group 1

Arif Zakwan's Maruku Kacang

Selepas Pdpc saya juga telah upload semua gambar dan video di dalam padlet.com. Saya telah minta jasa ibu bapa untuk memberi sedikit komen tentang aktiviti dan penglibatan anak mereka. Komen-komen ini sangat penting bagi laporan sarana ibubapa. Boleh lihat di link ini :


Harap dapat memberi sedikit idea kepada guru. ❤

Sunday, September 3, 2017

Congkak image and colouring page [ kertas mewarna congkak]

A Malaysian traditional game. I drew this using a power point. Hope you like it!


The real Congkak would be like...


Using marbles to play Congkak

or using rubber seed as another option

Another option to play Congkak 






Friday, September 1, 2017

Simulasi pengajaran Unit 18: Spend Smartly

Dear Parents,

Pada 8 September 2017 akan diadakan simulasi pengajaran unit 18: Spend Smartly bagi kelas 1 Amir sahaja. Pdpc pada waktu tersebut akan direkodkan. Oleh yang demikian saya ingin meminta jasa baik ibu bapa untuk meyediakan dan menyiapkan murid-murid mengikut ketetapan berikut:

A. Kumpulan

B. Tugasan

Group 1: Kacang putih/ maruku kacang berharga RM0.80 -RM1.00
Group 2: alat tulis yang berharga RM0.20-RM1.50
Group 3: buku/ komik terpakai RM1 - RM2
Group 4: cokelat( bukan gula-gula) / cookies RM1- RM2
Group 5: Air mineral RM0.60-RM1.00
Group 6 :Buah epal /pear yang tidak berpotong ( RM1.00)

Harga di atas adalah harga belian yang telah tuan puan beli atau ada di rumah.  (jika harga belian lebih rendah  adalah lebih baik). Saya minta ibubapa sila tampal tanda harga pada barang tersebut. 

Contohnya:Harga belian kacang putih RM1.00. Naikkan harga 30 puluh sen menjadi harga jualam RM1.30. Tampal RM1.30 pada barang jualan.

Setiap orang di dalam kumpulan diminta membawa hanya 2-5 barang sahaja. (minimun 2). Jangan bawa lebih daripada 5. Ini adalah aktiviti simulasi dan tujuan utama aktiviti ini adalah murid menggunakan bahasa inggeris sewaktu aktiviti jual beli dan aktiviti perniagaan adalah salah satu elemen pengajaran sahaja.. 

C. Aktiviti jual beli

Pada hari tersebut saya minta murid bawa duit belanja lebihan RM1 atau lebih jika mereka berminat ingin membeli barang daripada rakan-rakan mereka.

Ibu bapa juga boleh membantu anak-anak masing dengan menyediakan poster jualan, hiasan gerai, lapik meja, apron, plastik, bakul jualan dll yang tuan puan fikirkan perlu untuk aktiviti ini. Sebarang penambahan amat dialu-alukan. Contoh penambahan yang boleh  ibubapa lakukan misalnya membalut buah-buahan dengan plastik bewarna. 

Sila sediakan duit syiling dan juga note RM1 bagi memudahkan anak-anak mengira duit dan juga memberi duit baki kepada rakan-rakan.

Minta ibu bapa melatih anak-anak dengan dialog berikut di rumah. Saya juga akan memberikan latihan ini di dalam kelas:

Q:What can I do for you sir/mdm?
A:I want to buy a ruler.
Q:How much is this?
A:This is RM1.
Q:Can I have this ruler please ?
A:Here you are
Q:Thank you
A:You are welcome

Murid-murid akan menjual barang masing-masing di gerai mereka sendiri. Gerai adalah mengikut kumpulan. 

Tq parents..

MDM EL
Sebarang pertanyaan sila hubungi saya 0175699240. 

Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...