PLUVIOPHILE

I love rains.

SIMPLE

WEARING SOMETHING COMFORTABLE IS CONSIDERED A FASHION.

PRACTICALITY

BEING PRECISE BUT NOT TEDIOUS.

REALISTIC

MAKE SOMEONE ELSE LIFE EASY.

INTROVERT

AM SURROUNDED WITH LOVELY PEOPLE AROUND ME.

Sunday, August 16, 2015

Reading Programme Launching Materials. - Bahan Perasmian bagi Minggu Membaca

Hari ini saya nak share buat materials untuk reading programme launching. Susah juga nak cari idea. Saya cuba berbincang dengan cikgu Azizah di fb messenger untuk mencari idea. So, she listed out a few. Saya pilih cadangan untuk buat big book for launching. Next, saya lihat youtube bagaimana nak hasilkan buku besar. Saya ikut seperti youtube ini( credit to the owner): 

Seterusnya , saya ikut sama macam ni. Cuma ada part yang saya tak buat sebab big book saya bukan la besar sangat.

Kita buat template guna corak di atas dan tekap pada modeling board. Perlu diingatkan perlu guna kertas kad board yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis kad board di pasaran. Untuk buat sesuatu yang boleh didirikan gunakan modeling board. Nampak macam elephant card board je.. tapi bila didirikan dengan menggunakan gam uhu binaan boleh didirikan. Amazing.
Gambar di atas adalah contoh sebelah rangka big book yang dibuat menggunakan modeling board. Seterusnya rangka tersebu di lekatkan di atas mounting board( warna hitam). 

Kemudian, untuk jadikan lembaran muka surat di bahagian atas, tepi dan bawah gunakan elephant card. Lekatkan semua bahagian dengan kemas. Akhir sekali bolehlah lukiskan jalur pada bahagian tepi, bawah dan atas buku. Proses ini diulangi untuk buat bahagian buku di sebelah yang lain pula. dan inilah hasilnya
Sila abaikan gambor bakul kain sebakul yang tidah dilipat di atas.kih kih.. Ini adalah contohnya. So move on to the next step. Saya bercadang untuk melekatkan perkataan 'reading' dan 'is' pada sebelah kiri buku. Pada waktu perasmiaan guru besar akan menampal perkataan 'awesome' di sebelah kanan. Saya gunakan penegak big book ( pinjam library punya) untuk meletak big book ini.

Taraa.. Memang senget sikittt je la sebab ukur tak betul tapi tak nampak sangat kan. :P . Akhir sekali sewaktu bergambar saya sediakan english props. Bagi kat sorang satu pegang dan selesai.





Thursday, August 6, 2015

Categorizing activities using stickers- Topic 'On the Farm' (Year 2)

Hi again. Aktiviti ini saya buat minggu lalu. Pengajaran adalah berkaitan dengan 'How animals move?'. Pertama kita sediakan nota ringkas untuk penerangan kepada murid.

Kedua, edarkan pula worksheets yang berkaitan dengan pergerakan binatang. Make it into four column. First column untuk run/walk. Seterusnya adalah fly, swim dan hop/jump.
Gunakan kertas sticker putih kosong untuk print gambar binatang. Gambar-gambar boleh diperolehi daripada google imej. Jika hendak gambar yang tidak berwarna taip misalnya ' sheep colouring page'. Copy dan paste ke microsoft words dan print gambar. 
Penggunaan kertas sticker memberi sedikit kelainan berbanding penggunaan gam untuk melekat gambar. Murid seterusnya menggunting gambar dan masukkan ke column yang betul.
Akhir sekali, murid bolehlah mewarna gambar di atas kertas sticker. 



Wednesday, August 5, 2015

Creative fill in the blanks activity (Idea kreatif aktiviti mengisi tempat kosong )

Saya dan rakan terlibat dengan aktiviti LINUS Bahasa Inggeris di daerah Kinta Utara pada 3 Ogos yang lalu. Sebanyak 6 buah sekolah telah terlibat di dalam projek ini. Sekolah saya telah ditugaskan untuk menghasilkan bahan bantu untuk konstruk 7 (penulisan). Setelah mengadakan perbincangan dengan rakan, kami bersetuju untuk menghasilkan aktiviti 'fish the phrases'. 

Pada awalnya kami telah memilih 3 jenis gambar pekerjaan seperti nurse, policeman dan teacher. Rakan saya memilih untuk draf petikan dan pilihan jawapan. Saya pula mewarna gambar akuarium dengan menggunakan crayon dan mencari gambar haiwan di laut di dalam google imej.

Alatan yang diperlukan untuk aktiviti ini adalah seperti pancing mainan( boleh beli di kedai RM2, berserta GST 15sen), kolam kanak-kanak (saya ambil kolam anak di rumah.. kih kih), magnet yang boleh digunting, salotape,kad manila, kertas berwarna sticker dan bluetax.


Setelah memilih gambar haiwan di dalam laut di dalam google image. Copy gambar ke microsoft words. Kecil atau besarkan gambar mengikut kesesuaian akuarium yang telah diwarnakan. Di sini saya telah menggunakan satu kad manila untuk menghasilkan gambar akuarium. Setelah itu insert text box dan tulis frasa yang dikehendaki. Print gambar pada kertas berwarna dan laminatekan gambarkan tersebut. Di belakang gambar boleh letakkan magnet( Saya beli magnet panjang yang boleh digunting). Contoh frasa adalah seperti di atas. Frasa-frasa tersebut saya letak di dalam kolam.


Di papan putih bermagnet tampal gambar dan kad manila yang diwarnakan lukisan akuarium. Di atas kad manila tersebut, cetak ayat petikan yang telah didraf. ( saya gunakan kertas sticker bagi membuat petikan)



Seterusnya adalah gambar aktiviti memancing ikan. Gunakan pancing dari kedai dua ringgit (jangan susah badan untuk buat fishing rod sendiri.. hihi..) Bab ini teknikal part saya gagal sedikit. Saya lekatkan magnet di belakang badan ikan. Tetapi pada mulanya ikan tersebut diletakkan di bahagian hadapan supaya murid dapat membaca dan memilih ikan yang betul. Setelah itu murid pusingkan ikan tersebut di belakang untuk aktiviti pancing. ( Boleh giteww..hihi.. terbalik- terbalikkan ikan.. hihi)




Setelah memilih ikan dengan frasa yang betul, murid meletakkan ikan tersebut di tempat  kosong di di dalam akuarium kad manila. Teknikal part yang ini pun tak menjadi juga. Don't worry kita ada plan A,B,C, D.. hihi. Secara logiknya sepatutnya ikan tu melekat pada kad manila but unfortunately it did not work. #stress. Oleh itu, kami menggunakan blue tax untuk lekatkan ikan tersebut pada ayat. (Mak ok jer)


Taraa! This is the final product. Lepas tu apa lagi drill membaca la kan. Secara amnya saya sangat berpuas hati dengan aktiviti ini. Sila abaikan teknikal part yang dinyatakan sebelum ini. hihi. Saya anggap aktiviti telah berjaya menjana kreativiti saya. Yeah..berjaya. ( Den perason jo den kretip :P.. )




Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...