Unit 17: Months in a Year
Aktiviti abad ke 21: Round Table
Refleksi: Murid tidak dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Tambahan pula, slot tayangan video juga tidak dapat dilaksanakan. Guru memberi penerangan secara verbal sahaja. Pada pendapat saya, guru-guru tahun 1 yang ingin melakukan aktiviti abad ke 21 hanya perlu fokus kepada satu aktiviti sahaja kerana faktor kekangan masa pengurusan murid tahun 1 sewaktu aktiviti berkumpulan. Secara peribadi saya suka dengan aktiviti yang dijalankan dan murid juga memahami arahan saya sepenuhnya. Objektif pengajaran saya tercapai walaupun hasil kerja mereka separuh siap. Namun dari faktor emosi, ianya agak sukar dijangka misalnya ada murid yang menangis kerana kawan-kawan menegur tulisannya dan ini memberi sedikit kesukaran kepada kumpulan untuk meneruskan tugasan. Dari sudut yang lain, saya dapat melihat pembentukan kumpulan yang dinamik. Ada kumpulan yang berupaya menagihkan kerja kepada rakan-rakan tanpa bantahan dan ini sangat memberi kesan positif sewaktu aktiviti ini dijalankan.
Aktiviti Round Table 1 Amir 2017
Video Round Table 1 Azim 2017
Full lesson plan boleh dilihat di sini:
0 comments:
Post a Comment