Sunday, July 30, 2017

Panduan untuk guru :cara meletakkan imej hitam putih bagi membina lembaran kerja dan kertas ujian.

Kali ini saya akan memberi panduan kepada rakan-rakan guru bagaimanakah caranya untuk masukkan gambar/imej bagi tujuan membina lembaran kerja dan kertas peperiksaan. Seperti yang kita maklum, kertas soalan tahap 1 memerlukan banyak bahan bergambar. 

Saya selalu didatangi rakan guru dan mereka bertanya bagaimana mahu menghasilkan lembaran kerja seperti yang saya lakukan. Jadi pada kali ini saya akan memberi panduan mudah bagaimana kita menghasilkan lembaran kerja kita sendiri menggunakan microsoft words dan google image.

Langkah 1:
a. Type google.com pada ruang carian
b. Paparan adalah seperti di bawah.
c. Klik google imej (seperti pada anak panah) 


Langkah 2:
a. Type gambar yang hendak dicari. Contoh: Jika kita ingin cari gambar kucing, taip 'cat colouring page'. Mengapa kita perlu letak colouring page? Ini adalah kerana kita mahukan imej hitam putih supaya murid-murid dapat mewarna sendiri lembaran kerja yang diberikan.
b. Jika anda menghasilkan lembaran kerja bagi subjek lain sekalipun, gunakan medium bahasa inggeris sebagai bahan carian anda. Ini kerana ianya lebih banyak dan lebih menyeluruh. Contohnya: ' Solat prayer colouring page' ( bagi kegunaan guru pendidikan islam)
b. Klik enter
Langkah 3:
a. Ini adalah paparan imej hitam putih bagi carian tadi. 
b. Pilih imej yang dikehendaki.
c. Klik pada gambar.
Langkah 4:
a. Akan keluar paparan seperti ini.
b. Klik kanan mouse dan akan keluar arahan.
c. Klik copy image

Langkah 5:
a. Buka microsoft words
b. Klik insert
c. Klik text box
d. Klik pada text box yang diingini

Langkah 6:
a. Text box akan berada di bahagian atas.
b. Paste gambar cat tadi di bahagian bawah
c. Jika gambar besar, kecilkan dari penjuru gambar.
Langkah 7:
a. Drag gambar kucing ke dalam text box. Mengapa kita perlu masukkan gambar/imej ke dalam text box? Ini adalah bagi memudahkan kita menyusun gambar bagi penyediaan lembaran kerja.
b. Bolehkah tidak menggunakan text box? Jika kita tidak menggunakan text box gambar/imej sangat sukar untuk disusun. Kita hanya boleh guna butang tab atau enter sahaja, tetapi jika kita meletakkan imej di dalam text box, kita boleh drag kotak textbox bersama imej kemana lokasi yang kita mahukan.

Selamat mencuba.

0 comments:

Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...