Sunday, July 23, 2017

Bina ayat bahasa inggeris sekolah rendah : Teknik 2

Lama rasanya tidak menulis blog. Bagi aktiviti membina ayat Teknik 1 dahulu saya fokuskan kepada membina ayat menggunakan demonstrative pronoun. Pada kali ini saya ingin berkongsi pdpc membina ayat mudah menggunakan preposition of place. Teknik ini saya pelajari daripada seorang guru otai yang sangat berpengalaman, cikgu Noraini bt Abd Rahman lebih kurang 7 tahun dahulu. Cikgu Aini pun sudah lama pencen namun saya sangat menghargai ilmu ini dan saya panjangkan kepada rakan-rakan yang lain. Semoga kita mendapat manfaat bersama.

Fokus : writing skill (parallel writing)

Grammar : Preposition of place : in, on, under, between, beside, near 

Kaedah:

1. Guru menerangkan preposition of place kepada murid. ( Ini kebiasaan yang dilakukan oleh guru)

Saya akan fokus kepada implementasi berbanding penerangan isi pengajaran. Cikgu- cikgu tentu mempunyai pelbagai kaedah penerangan isi pengajaran yang menarik seperti penggunaan gambar secara tradisional mahupun penggunaan visual menggunakan ICT.


2. Kaedah penulisan secara latih tubi lisan
Guru menerangkan cara menulis ayat. Oleh itu,  penekanan kepada pronoun/noun bagi subject dan juga object adalah amat penting. Beri contoh mudah di dalam kelas terlebih dahulu. Minta murid bina ayat. Misalnya:

Buku-buku di atas meja ------ The books are on the table


3. Lembaran kerja.
 Ini cara yang saya pelajari dari guru otai saya. Saya sediakan lembaran kerja dan cari gambar dan copy dan paste seperti  gambar di atas. Kemudian, saya akan fotostat sebagai lembaran kerja murid.

4. Lakukan aktiviti lisan terlebih dahulu. Misalnya:
Construct the sentence for the first picture. Do you want to talk about a girl or a boat? 
Jika mereka menjawab 'The girl'. Kemudian guru berkata.. ok.. lets start with' The girl.. dan minta mereka sambungkan sendiri ayat. 

5. Aktiviti menulis.
Murid perlu salin tajuk di dalam buku tulis dan kemudian potong kesemua gambar. Terdapat 11 gambar di atas. Oleh itu, murid perlu membina 11 ayat.

Tampal gambar di atas buku tulis dan tulis ayat di sebelah atau di bawah gambar. 

Maaf saya tiada contoh gambar. Saya sertakan link lembaran kerja beserta jawapan berbentuk pdf. Kawan-kawan boleh download dan cuba.

0 comments:

Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...