Thursday, October 19, 2017

Aktiviti Visual Persepsi bagi murid LINUS


Visual persepsi dan pemikiran kanak-kanak adalah bagaimana mereka menentukan imej di dalam ruang yang diberikan serta berkait rapat dengan psiko motor. Contoh masalah visual persepsi murid di dalam kelas:

Gambar-gambar di bawah adalah merupakan masalah visual persepsi dan psikomotor anak murid saya. Saya telah mendapat kebenaran ibu murid ini untuk mempamerkan hasil kerja anaknya.

TULISAN

Ini adalah contoh menyalin ayat mudah. Murid ini tidak mahir dalam menentukan jarak dari satu perkataan ke satu perkataan yang lain.


Menulis tanpa garisan atau kosong adalah amat sukar. Perhatikan bagaimana dia menulis hari yang panjang dan tarikh. Perhatikan juga bagaimana dia membuat garis lurus. Bagi murid seperti ini, biasakan dahulu dengan kaedah ansur maju menulis perkataan dan kemudian berbentuk ayat dan ruangan bergaris adalah lebih praktik digunakan bagi murid ini. ( a reminder to myself...)


Melukis jadual adalah sangat sukar. Murid ini tidak berkeupayaan membuat jadual secara tepat memandangkan masalah anggaran dan ketepatan ruang pada buku latihan.



Ini pula adalah contoh menulis perkataan secara berulang. Apa yang boleh diperhatikan di sini murid tidak fleksibel jika berada di ruang yang terhad. Ianya bermaksud keupayaan murid menggunakan psiko motor untuk membesar dan mengecilkan tulisan pada ruangan yang terhad adalah amat sukar.

GUNTINGAN
Guntingan adalah tidak sekata dan memerlukan banyak latihan yang melibatkan aktiviti psiko motor


AKTIVITI VISUAL PERSEPSI
Terdapat pelbagai kaedah penulisan serta latihan fizikal yang boleh kita berikan kepada murid bagi latihan visual persepsi. Antaranya adalah:

MENGENALPASTI BENTUK MENGIKUT TURUTAN


MENGENALPASTI HURUF BESAR ATAU HURUF KECIL
MENGENALPASTI PERKATAAN
(Jenis aktiviti: Word search, word maze, crossword puzzle, cari benda tersembunyi)
SAMBUNG GARIS PUTUS-PUTUS


PERMAINAN DAYA INGATAN
MENGECAM GAMBAR

LATIHAN FIZIKAL DAN OUTDOOR YANG BOLEH DILAKUKAN

1. Asingkan warna pensil yang dijumpai di dalam kelas ke dalam bakul yang berbeza.
2. Aktiviti lipatan dan guntingan
3. Origami mudah
4. Permainan jigsaw
5. Pasir kinetik
6. Picture dictionary : Guru sebut objek dan murid tunjuk objek yang disebut.
7. Mengecam nombor di sekitar sekolah
8. Menggunakan kertas pasir untuk mengecam bentuk huruf. Kertas pasir digunakan bagi meransang saraf- saraf di hujung jari.
9. Aktiviti picit bubble wrap. Saya pernah tulis post ini dahulu. Sila rujuk link berikut
10. Aktiviti membaca peta mudah : treasure hunt/ runningman
12.Permainan snap dan donkey
13. Mengenalpasti binatang menggunakan bayang-bayang 
14. Campurkan buku latihan bm, bi dan matematik, Minta murid asingkan dan susun buku secara kemas.
15. Running dictation.
16. BINGO
17. Permainan Kim. ( Permainan pengakap.. tutup barang , buka penutup dan list out the things)
18. play dough
19. Arahan terancang dan berfokus:Guru mengarahkan murid untuk mengambil barang di tempat yang sangat terperinci. Misalnya "tolong ambil guli cikgu. Buka almari. Di dalam almari ada kotak berwarna biru. Buka kotak dan akan nampak botol kaca. Di dalam botol kaca ada guli. Ambil 5 biji guli sahaja.

Jika ada maklumat tambahan bolehlah email atau tinggalkan pada ruangan komen kerana saya juga ingin maklumat yang lebih banyak mengenai masalah ini. 

Gambar-gambar di atas adalah lukisan saya sendiri menggunakan powerpoint. Tiada masalah untuk guna atau edit. Saya buat dan saya share. Harap usaha yang sedikit ini diberkati Allah. In sya Allah.










     













0 comments:

Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...