PLUVIOPHILE

I love rains.

SIMPLE

WEARING SOMETHING COMFORTABLE IS CONSIDERED A FASHION.

PRACTICALITY

BEING PRECISE BUT NOT TEDIOUS.

REALISTIC

MAKE SOMEONE ELSE LIFE EASY.

INTROVERT

AM SURROUNDED WITH LOVELY PEOPLE AROUND ME.

Thursday, May 11, 2017

Aktiviti multisensori mengenal huruf menggunakan bubble wrap/lesson plan/EngYear1/My pet/unit10

Pada kali saya ingin berkongsi idea penggunaan bubble wrap bagi membezakan huruf. Huruf yang saya pilih adalah Bb dan Dd. Saya gunakan BBM ini pada waktu akhir pengajaran iaitu sewaktu slot pemulihan. (Bagi guru BI kami perlu melaksanakan pemulihan murid LINUS sendiri).


Alatan yang diperlukan adalah:

1. Bubble wrap. Boleh beli di kedai kreatif dalam bentuk meter. Sebenarnya terdapat banyak saiz dan pada pendapat saya saiz yang besar bulatannya adalah lebih sesuai untuk aktiviti ini. 

2. Jikalau size bubble wrap besar kita hanya perlu tulis di atas bulatan huruf-huruf yang ingin mereka pelajari.

3. Jika saiz bubble wrap tersebut itu kecil( seperti di atas) , kita perlu cetak huruf di atas kertas sticker dan lekat satu persatu. Memang banyak kerja sikit tetapi berbaloi.

Aktiviti pemulihan/remedial yang dilaksanakan:

1. Penerangan huruf ( Saya guna papan putih sahaja)
2. Latih tubi
3. Aktiviti lisan dengan menggunakan bubble wrap. Guru sebut huruf dan murid picit bubble wrap.

Contoh lesson plan mainstream(perdana) dan remedial (linus) saya sertakan pada link berikut. Harap maklum lesson plan saya memang sangat panjang kerana saya membuat perancangan harian berbentuk online. Kalau ada kesalahan maklum pada saya ya.

https://drive.google.com/file/d/0Bxg6TqDTzz-feVlmQnBNbVhZQnc/view?usp=sharing

Harap dapat membantu.


Wednesday, May 3, 2017

Manual cara penggunaan padlet.com bagi kegunaan ibu bapa

Rajin sungguh mak jemah update blog pagi-pagi ni. ☺Hari ni saya ingin menunjukkan manual penggunaan ibu bapa bagi padlet.com. Bagi sekolah saya, tugasan frog dan padlet boleh dianggap wajib kerana sekolah ini merupakan sekolah cluster kebitaraan ICT.

Semasa mesyuarat agong PIBG tahun ini, saya telah diminta oleh pihak sekolah dan PIBG untuk membuat manual penggunaan berbentuk flyers tentang bagaimana ibu bapa dapat akses padlet.com yang mana membolehkan mereka dapat membantu anak-anak melakukan kerja sekolah berasaskan ICT di rumah.


Boleh muat turun manual ini di pautan ini:
https://drive.google.com/file/d/0Bxg6TqDTzz-fZWh0MldKZXZTb0E/view?usp=sharing

Manual penggunaan membolehkan ibu bapa dapat melihat langkah-langkah dengan lebih jelas. Jika kita ingin murid membuat kerja ICT kita perlu membantu ibu bapa memahami cara- caranya terlebih dahulu dan barulah murid-murid boleh membuat kerja sekolah mereka. Kerja abad ke 21 perlu smart dan cekap, betul tak?

Di mana kita boleh edarkan flyers? Selain mesyuarat agong PIBG kita juga boleh mengedarkan flyers ini pada Hari bertemu waris.

Harap membantu kawan-kawan hari ini..

Tuesday, May 2, 2017

Bina ayat bahasa inggeris murid sekolah rendah: Teknik 1

Saya berpengalaman mengajar tahun 6 selama 6 tahun. Walaupun sudah lama saya tidak bersama team 'bangkit UPSR' tetapi saya masih banyak menyimpan lembaran kerja berkaitan membina ayat mudah untuk murid lemah dan galus. ( Selama 6 tahun mengajar tahun 6 saya hanya pernah sekali memegang kelas cemerlang dan 5 tahun saya memegang kelas lemah dan galus). Jadi saya akan kongsikan bagaimana cara membolehkan murid boleh membina ayat mudah tanpa melakukan kesalahan tatabahasa yang banyak. 

Teknik 1: Penggunakan sentence pattern yang sama dan pengukuhan latihan parallel writing.

Contoh

Fokus: Grammar (demonstrative pronouns: this, that, these, those) 

Sentence pattern yang akan digunakan ialah: This is a book

Oleh itu, kita akan mengajar murid membina ayat menggunakan 3- 4 perkataan sahaja. Selalu saya tekankan kepada murid " anda perlu bina ayat menggunakan 4 perkataan sahaja". Dengan cara ini murid galus akan lebih bermotivasi untuk membina ayat.

Langkah-langkah

1. Ajar mereka tentang fungsi :- this, that, these, those. Beri mereka faham sedikit tentang perbezaan terlebih dahulu.

2. Gunakan sentence pattern yang hendak diajar.  Terangkan maksud ayat bagi pengukuhan pemahaman. Selain itu guru juga perlu menerangkan fungsi verb to be ( is , are) , determiners ( a, an, some, any) dan juga singular, plural nouns

3. AKTIVITI LISAN( ORAL): Walaupun fokus utama adalah writing tetapi saya berpendapat aktiviti lisan juga sangat penting bagi murid membina ayat. Contoh aktiviti: Guru menyebut di dalam bahasa melayu dan murid membina ayat secara lisan di dalam bahasa inggeris. Misalnya:

Guru: Itu adalah sebuah rumah.

Murid akan membina ayat di dalam pemikiran mereka sambil menyebut dan ini sangat berkesan sewaktu aktiviti penulisan selepas itu.

4. Sediakan lembaran kerja mudah (saya olah sendiri soalan dengan mengambil contoh buku dan bahan internet)  Lembaran kerja mempunyai sentence pattern yang sama.


Saya sediakan juga lembaran kerja berbentuk pdf. Boleh download di sini.
https://drive.google.com/file/d/0Bxg6TqDTzz-faXUzc2JRYy04TVE/view?usp=sharing

Jawapan bagi lembaran kerja di atas

1. Those are some books
2. This is a kite
3. That is a river
4. Those are three bicycles
5. That is an aquarium
5. This is a vest.
7. These are pancakes
8.Those are stars
9. That is a rainbow
10. These are knives
11. This is a stroller
12.These are toys
13. Those are lambs
14. That is an ostrich
15. These are coconut trees

Ini adalah untuk murid lemah dan galus ya. Murid cemerlang tolong jangan guna. Karang terbantut kreativiti budak-budak. Haha..

Selamat mencuba!

Thursday, April 20, 2017

Pdpc foniks menggunakan alat genderang: kastanet berserta lesson plan dan LINUS screening aktiviti. Year 1: What should I wear (Unit 8)

I had a chance to teach phoneme c and k by using jolly phonics song recently. This is suitable for Linus pupils as multi sensory technique is applied during pdpc during induction set.

The lyrics

I used castanet to stimulate pupils' interest in learning phonics.  Below is the video. 


Below is the attachment of pictures of my lesson plan.









Saturday, April 1, 2017

DIY whiteboard

I made this one below purposely for my pupils to use in writing.

What do you need?

  • Laminating plastics
  • A4 plain papers
  • permanent markers ( blue and red)
  • Laminate machine/ cloth iron
What are the steps?
  • First, draw blue and red lines using permanent markers on A4 paper.
  • Then, insert the papers in laminating plastics.
  • Finally, laminate them using a machine/ cloth iron. If you use an iron please cover the plastic using cloth.
How to use?
  • Provide each student a DIY board
  • Teach them mechanics of writing using the board.



Saturday, March 4, 2017

BAHULU OR BAULU COLORING PAGE

Bahulu or Baulu is well known as one of Malaysian traditional cakes or what is  normally called as 'kuih' in malay language. I found out there is none of bahulu colouring in google images. Therefore, I draw it myself using Microsoft paint. I hope this will help some of the teachers who really need help in terms of constructing exam papers. By drawing this, I also hope that I can help some of you( from other countries) to know and learn Malaysian heritage. By the way, this is my first time drawing using paint. ❤



Sunday, August 21, 2016

Parkir Lot (Parking lot) kelas saya

Parking lot di dalam kelas abad ke 21 mungkin tidak asing bagi guru-guru. Saya juga telah cuba membuat parking lot sendiri dengan mengambil ilham guru-guru luar negara di imej google. Di bawah adalah parking lot kelas saya

Bagi yang belum biasa dengan aktiviti appresiasi dan luahan perasaan ini, guru-guru bolehlah mencuba kaedah di bawah:

1. Satu kertas manila kosong juga boleh dijadikan parkir.
2. Sediakan sticky notes
3. Pada masa 5 minit terakhir minta murid membuat refleksi tentang apa yang mereka hendak luahkan pada akhir pengajaran.
4. Minta murid lekatkan sticky notes di parkir
5. Selepas pdp guru boleh mengutip semua sticky notes dan pada waktu lainnya guru yang lain pula boleh menggunakan parkir tersebut.
6. Guru boleh membaca luahan hati murid dan mengaitkan juga dengan objektif pengajaran guru pada hari tersebut.


Antara contoh hasil refleksi murid -murid saya

Selain daripada parkir lot yang ditampal di dalam kelas, saya juga telah membuat parkir lot pengajaran dalam bentuk maya iaitu melalui padlet.com

Anda boleh melihat contoh parking lot saya di ruangan ini. Selamat mencuba

Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...