Secara peribadi, saya tidak pernah melatih sebarang latihan yang menggunakan teks seperti bercerita, pidato, debat dan lain-lain. Mungkin kerana kelebihan saya adalah pada seni lakon dan tari membolehkan saya mahir di dalam mengarah persembahan kanak-kanak terutamanya nyanyian. Bukan kerana saya tidak berminat dengan penglibatan yang menggunakan teks namun saya tidak berpeluang untuk meneroka bidang ini.
Namun, saya berpeluang meneroka bidang ini sewaktu melatih anak saya sendiri baru-baru ini. Anak saya, Iman Sofea berpeluang bertanding Pidato mewakili Tabika Kemas Seri Ampang Ipoh. Semasa saya menulis post ini dia masih di dalam peringkat latihan. Saya berasa sangat sukar untuk melatih anak sendiri. Ini adalah pertama kali saya berpeluang melatih pidato. Saya bukanlah guru bahasa melayu. Namun, ianya bukanlah penghalang bagi saya untuk membantu guru anak saya melatih pidato. Cikgu Chun Mat Noot merupakan seorang guru yang sangat komited. Beliau juga telah memberi beberapa tips berguna kepada saya sewaktu menjalani latihan. Antaranya adalah sebutan yang jelas, lontaran suara dan gaya berpidato. Terus terang saya katakan di sini anak saya sebenarnya lebih suka berlatih dengan gurunya berbanding saya.
Ianya adalah amat mencabar sewaktu sesi latihan berlaku. Anak saya kerap lupa beberapa perkataan. Saya memilih untuk menggunakan teori kecerdasan pelbagai Howard Gadner. Di sekolah juga, saya menggunakan teori ini sewaktu pengajaran. Di dalam pengajaran pidato terdapat dua kecedasan yang terlibat iaitu verbal liguistics dan visual spatial. Saya berpendapat anak saya akan lebih mahir jika dia melihat teks serta mengecam kedudukan perkataan mengikut muka surat. Kadang-kadang akan wujud penyata seperti perkataan hadirin adalah di muka surat tiga. Sekurang-kurangnya, cara ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban mereka. Bagi kelancaran sebutan, teknik yang saya gunakan adalah latih tubi. Terdapat banyak perkataan yang sukar disebut oleh kanak-kanak terutama yang melibatkan penggunaan 3 atau lebih suku kata. Namun, ianya bukanlah alasan bagi tidak mahu melakukan latihan penyebutan .
0 comments:
Post a Comment