Yang sebetulnya, sudah lama saya tidak melakukan aktiviti bersama anak-anak memandangkan saya baru selesai tempoh berpantang dan agak sibuk dengan anak kecil. Tambahan pula, saya juga bersengkang mata menyiapkan tugasan ilmiah akhir universiti maka anak-anak agak terabai.
Sejujurnya, saya agak berasa ralat kerana kurang memberi perhatian kepada anak-anak. Apa yang sangat mendukacitakan saya adalah sewaktu melihat keputusan peperiksaan akhir tahun Iman yang agak merosot.
Saya percaya ini adalah permulaan dan saya perlu melakukan perubahan sedikit demi sedikit (bukan secara drastik) bagi memperbetulkan segala kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini. (Ibu bapa juga perlu menerima bahawa mereka juga ada melakukan kesilapan pada anak-anak).Luahan hati sebenarnya.
Banyak aktiviti yang telah saya lakukan bersama iman dan aleesya pada cuti kali ini. Namun bagi aktiviti menjahit saya memilih untuk melakukan nya bersama Iman kerana aleesya masih kecil.
Bekas brooch ini saya buat sewaktu mengajar di salah sebuah sekolah ABIM Mahad Al Ummah suatu masa dulu( sekarang saya adalah seorang guru di sekolah cluster kecemerlangan SK Seri Ampang). Saya cuba cari plat plastik ini (saya tidak pasti apa nama sebenarnya). Sebetulnya agak sukar mencari plat plastik ini kerana ianya sudah ketinggalan zaman (outdated product huhu).
Saya jumpa plat plastik ini di sebuah kedai di bandar ipoh. Taukeh kedai meminta saya membeli kesemua sekali kerana tiada orang yang mahu beli produk ini lagi. Beliau menjual dengan harga yang agak murah 20 sen bagi setiap plat.
Gambar di atas adalah plat jahitan berbentuk empat segi tepat. Di sebelah kiri adalah plat yang telah siap berjahit. Sekarang saya terangkan cara-cara menjahit di atas plat ini. Alatan dan bahan yang diperlukan adalah plat plastik, benang bulu kambing dan jarum.
Mulakan jahitan dengan simpul pada jarum seperti biasa. Pertama kita jahit di atas plat plastik yang berbentuk siput terlebih dahulu seperti di bawah. Dan seterusnya jahit disekeliling dan ditengah-tengah menggunakan jahitan cross-stich. Akhir sekali kemaskan jahitan dengan menjahit garis di sekeling kelopak bunga. Jahitan sembat digunakan pada akhir proses jahitan iaitu sewaktu mencantumkan plat.
Bagi aktiviti ini saya hanya memantau iman untuk melakukan jahitan cross-stich. Daripada pemantaun saya, aktiviti ini melatih Iman supaya stay focus bagi kendalian tugasan yang diberikan. Selain itu, aktiviti ini mengajar Iman supaya cermat dan berhati-hati sewaktu menjahit. Tidak dinafikan dia agak berputus asa terutama apabila melakukan kesilapan sewaktu menjahit. Namun saya katakan padanya agar tidak berputus asa.dan cekal menghabiskan kerja yang diberikan. Gambar di atas adalah plat ke-2 dan saya berharap kami berdua dapat menyiapkan 6 plat plastik bagi menghasilkan bekas brooch.
0 comments:
Post a Comment