Hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik mewarna menggunakan krayon bagi menghasilkan tona warna. Bahan utama yang perlu ada adalah krayon yang melebihi 12 batang warna. ( 12 batang warna mungkin kurang sesuai bagi penghasilan tona warna yang cantik). Seperti gambar di bawah saya memilih menggunakan crayon yang mempunyai 36 jenis warna.
Ambil contoh jika kita ingin mewarna daun, maka terdapat 3-4 jenis warna yang diperlukan iaitu hijau gelap,hijau muda, putih dan jika ingin menambah tona maka bolehlah meletak warna kuning sebagai tambahan.
Seterusnya, kita mulakan warna dengan warna yang paling gelap iaitu warna hijau gelap. Bagi membuat tona kita gunakan pula warna hijau muda. Tindankan warna hijau muda diatas hijau tua (bukan semuanya hanya sebahagian sahaja). Tolak warna gelap ke atas bersama-sama warna terang. Jika anda dapati terdapat lebihan krayon setelah proses penindanan warna tadi ianya bukanlah kotoran dan anda tidak perlu membuangnya. Gunakan lebihan tompokon krayon tersebut bagi mewarna dan menghasilkan tona warna. Gambar di bawah menerangkan proses mewarna tona warna.
Setelah itu kita tindan pula warna putih ke atas hijau muda(bukan semua tetapi sebahagian sahaja). Warna putih hanya sebahagian kecil sahaja di dalam objek yang diwarna.
Lukisan di bawah adalah hasil yang telah saya warnakan sewaktu kursus seni visual pada tahun 2013. Gambar lukisan di sebelah atas adalah warna campuran antara krayon dan warna pensil. Ianya bukanlah hasil lukisan saya tetapi ianya adalah hadiah daripada jurulatih pada masa itu. (saya adalah antara 20 orang yang terpilih untuk menerima hadiah lukisan). Anda bolehlah melihat dengan lebih lanjut. Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment