Bento secara amnya bermaksud bekal makanan di dalam bahasa jepun. Beberapa bulan ini saya cuba membuat bento untuk Iman ke sekolah. Saya cuba meneroka seni bento sewaktu saya bercuti bersalin dan ianya memberi kelainan kepada saya. Sesuatu yang sangat hebat. Awesome! Sejujurnya saya sangat gembira membuat bento( selain ianya sangat menjimatkan). Saya mula berkenalan dengan rakan-rakan dari kelab bento Malaysia di facebook dan ianya sangat bermanfaat. Di bawah ini adalah bento yang saya buat untuk Iman ke sekolah.
Antara bahan keperluan membuat bento adalah bekal makanan, silicon bowl, sauce container dan picks. Bagi membuat bento beberapa jenis acuan boleh digunakan iaitu acuan nasi pelbagai bentuk (seperti di atas saya menggunakan acuan nasi berbentuk muka panda), rumpai laut, cheese dan sayuran sebagai hiasan.
setelah membuat bento, bolehlah kita punch rumpai laut bentuk mata, hidung dan mulut dan lekatkan dengan menggunakan mayonaise. Letak lauk pauk di dalam silikon bowl bagi mengelakkan basi dan akhir sekali cucuk picks sebagai hiasan.
0 comments:
Post a Comment