Friday, January 2, 2015

Membuat aktiviti diorama bersama anak-anak.

Saya telah menghadiri kursus Linus Bahasa Inggeris seminggu selepas cuti persekolahan bermula. Salah satu aktiviti yang dilakukan adalah menghasilkan diorama. 

Aktiviti ini sangat menarik namun ianya agak tidak praktikal memandangkan tempoh masa yang diambil agak panjang (mungkin memerlukan lebih daripada 1 jam pengajaran). Kami tidak sempat menyiapkan tugasan diorama ini di PPD. 

Oleh itu, saya berpeluang menyambung tugasan menyiapkan diorama ini di rumah bersama anak-anak. Melihat gelagat aleesya yang sangat teruja dan reaksi iman yang ingin tahu apa itu diorama, bersilat juga saya menjawab soalan demi soalan daripada mereka. Phew.. dan ini lah hasilnya. Tara..



Mari saya terangkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan diorama. Bahan utama bagi menghasilkan diorama adalah kotak kasut bersama penutupnya dan kertas pembalut hadiah. Bahagian penutup kotak kasut diletakkan di bahagian bawah bahagian terbuka kotak kasut . Balut kesemua bahagian bertutup bersama-sama dengan menggunakan kertas pembalut hadiah.

Seterusnya, tampal kertas kosong berwarna di dalam kotak( bergantung kepada tema). Contoh di atas saya menggunakan tema sea creatures oleh itu saya memilih kertas biru lembut sebagai background kepada tema saya.

Bagi mewarna item atau objek-objek bagi diorama, perlu diingatkan kita perlu memilih objek-objek yang bersifat simetri iaitu dengan kata lainnya objek perlu diwarnakan dihadapan dan dibelakang. Lekatkan gambar(kedua-dua gambar simetri yang sama di depan dan di belakang bersama-sama dengan benang).

Lekat atau tebuk benang di bahagian atas kotak. Susun selebihnya dibahagian bawah kotak(iaitu penutup kotak yang dilekatkan bersama-sama tadi).


Aktiviti ini sangat bermanfaat untuk dilakukan bersama keluarga. Jika anda seorang guru tahap 1 saya cadangkan anda memaklumkan kepada ibu bapa untuk membuat tapak diorama di rumah terlebih dahulu. Selainnya boleh diselesaikan di sekolah.

0 comments:

Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...