Lawatan ini dilaksanakan pada 26 November 2018. Secara am, kami melawat ASWARA dari pelbagai jabatan. Namun Jabatan utama yang kami lawati ialah Jabatan Animasi dan multimedia. Penerangan ilmiah telah diberikan oleh wakil ASWARA.Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan tentang pembelajaran ICT secara am di pusat pengajian tinggi dan seterusnya dapat mencungkil minat dan cita-cita murid-murid di dalam bidang lukisan dan multimedia.
Seterusnya kami ke Rumah Katun Malaysia di Tasik Perdana. Murid-murid sangat gemar melihat katun secara dekat. Mereka juga diajar untuk melukis asas katun oleh kartunis-kartunis ternama suatu ketika dahulu.
Dalam lawatan kali ini, saya memilih murid-murid yang terdiri daripada murid tahun 2-6. Mereka adalah pengawas ICT sekolah, murid berdisiplin tahap 1 dan murid daripada golongan kurang berkemampuan.
0 comments:
Post a Comment