Sunday, March 17, 2019

Tips pemudahcaraan pelaksanaan PBD tahap 1

Saya share cara saya melaksanakan PBD tahap 1. Lain orang lain caranya. Pilih yang paling sesuai dengan naluri dan jiwa kita. Jika kita sebati dengan cara menulis maka gunakan kertas dan tulis. Jika anda sukakan IT  maka taiplah instrumen dan borang bagai di dalam komputer.  Apa yang penting dokumentasi perekedon perlu ada.

Ada orang tanya saya, boleh share tak bahan, borang, bahan-bahan pentaksiran. Saya bukan kedekut tetapi kelas dan aras murid kita berbeza mana mungkin bahan saya sesuai dengan murid anda. Improvisasi  bahan adalah sangat sesuai but not tiru bulat-bulat. Come on, kita kan cikgu Malaysia. Eh eh.. terbebel sorry.. 

So, this what I do. First, jika kita ingin mentaksir murid pada hari berikutnya maka persiapkanlah lesson plan kita dengan meletakkan cara pentaksiran seperti di bawah:



Selepas step pentaksiran sudah ada di dalam lesson plan, kita perlu sediakan dokumen instrumen pula. Pilih yang mana sesuai dan suka di hati. Ada pelbagai jenis instrumen boleh rujuk buku PBD yang dikeluarkan oleh kerajaan. Antaranya catatan anekdot, lembaran kerja, pentaksiran lisan guru- murid dan lain-lain.  Konsep saya senang. Buat dahulu. Betul dan salah cerita lain, Pegawai datang pantau, kalau kita salah kerja dia yang perlu betulkan kita. Yang penting buat. Jangan tak buat. So this is how I do. Contoh salah satu borang instrumen :-



Isi dulu butiran pentaksiran untuk esoknya


item-item untuk pentaksiran dan evidence biarkan kosong


Borang transit: tulis tarikh dan kemahiran sahaja. selepas taksir isi dalam borang instrument dan nilai masukkan tahap penguasaan di dalam ruangan. Saya sudah taksir ( kerana itu sudah ada tahap penguasaan murid). 

Semua kerja saya lakukan di dalam google drive. Bagaimana saya buat. Mari saya tunjukkan. 

Sediakan satu folder PBD

Create lagi dua folder di dalam folder PBD tadi

Folder borang transit: masukkan borang transit kelas yang diajar

Di dalam folder instrument create folder untuk kelas-kelas yang diajar

Di dalam kelas, create folder bulan, jan, feb etc

Contoh di dalam folder Januari, masukkan instrumen pentaksiran januari di sini

Oleh kerana saya menggunakan komputer dan internet bagi mengisi dapatan pentaksiran, maka sewaktu pentaksiran lisan misalnya saya akan buka komputer dan terus taip nama murid -murid yang melaksanakan pentaksiran dan mengikut kriteria ditetapkan. 

Saya rasa cara ini lebih mudah. Mungkin sebab saya suka komputer dan paperless. 

Tepuk dada tanya selera

Regards
Elyana

0 comments:

Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...