PLUVIOPHILE

I love rains.

SIMPLE

WEARING SOMETHING COMFORTABLE IS CONSIDERED A FASHION.

PRACTICALITY

BEING PRECISE BUT NOT TEDIOUS.

REALISTIC

MAKE SOMEONE ELSE LIFE EASY.

INTROVERT

AM SURROUNDED WITH LOVELY PEOPLE AROUND ME.

Monday, June 4, 2018

Penggunaan papan layar ( backdrop) di dalam pengajaran dan persembahan

Pada mulanya, saya memesan papan layar ini untuk digunakan bagi persembahan Action song sekolah. Then, I discovered it has a multipurpose use. Corak yang saya pilih adalah berbentuk permandangan agar ianya boleh disesuaikan dengan kebanyakan keadaan. Harga board ini adalah RM200+. Jika ianya diulang pakai oleh guru-guru, maka pembelian backdrop ini adalah sangat berbaloi. 

PERSEMBAHAN ACTION SONG 2018 - NYANYIAN LAGU LEMON TREE


PERSEMBAHAN ENGLISH ON THURSDAYS - NYANYIAN LAGU FLY FLY FLY THE BUTTERFLY

PENTAKSIRAN BERASASKAN BILIK DARJAH ( 2.3.1 - INTRODUCE SELF TO AN AUDIENCE USING FIXED PHRASES) 

Ala-ala public speaking gitu.. Ok.. time to go.. adios!

 


Saturday, February 24, 2018

Pembelajaran Berasaskan Projek Tahun 2: Membuat Cokelat

Projek membuat cokelat ini merupakan salah satu aktiviti abad ke 21 iatu Pembelajaran berasaskan projek.Pada 21 dan 22 Februari 2018.. ( eceh eceh.. gaya budak tahun 6 start karangan.. haha).. saya dan rakan-rakan telah anjurkan satu pembelajaran berasaskan projek bersama Kolej Komuniti Sg Siput. Berapa bayaran? Itu kena tanya kolej Komuniti yang berhampiran. Saya berurusan dengan Kolej Komuniti Sg. Siput. Bayaran itu biarlah rahsia...

Konsep pembelajaran ini sangat mudah. Murid perlu melakukan dan menghasilkan bahan projek ( di sini ialah penghasilan cokelat pada akhir pembelajaran). Saya share gambar-gambar yang telah diambil sewaktu projek dijalankan.

Kolej Komuniti Sungai Siput

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan

Mendengar penerangan daripada Pensyarah

Basuh tangan sebelum buat kerja

Potong cokelat Compund berbentuk dadu

Cairkan cokelat putih

Cairkan cokelat Compund

Gunakan piping bag untuk masukkan cokelat ke dalam acuan

Masukkan cokelat ke dalam peti sejuk

Keluarkan cokelat dan susun cokelat ke dalam papercups'

Selepas melakukan aktiviti ini di kolej, murid bolehlah melakukan aktiviti enrichment di rumah. Saya memilih platform padlet.com bagi murid melakukan aktiviti penulisan. Berikut adalah pautannya:

Selamat mencuba!

Sunday, February 11, 2018

Puppet show for English on Thursday ( persembahan puppet)

I'm back again. So, hari ini saya nak share aktiviti puppet show yang telah saya laksanakan baru-baru ini.

Dialog paling mudah yang saya cipta untuk murid tahun 2. Short and precise. 

Bukan mudah sebenarnya untuk bermain puppet sambil membaca dialog kerana kanak-kanak ini perlu mengawal koordinasi mata dan tangan mereka secara serentak.. 


My puppet show stage. Sila abaikan beg-beg yang banyak didepan dan di hadapan.. hihi..

Barang yang saya gunakan untuk membuat stage puppet ini ialah tiang gol bola sepak yang kecil (ambil dari stor sukan), kain untuk menutup bahagian depan, kotak untuk bahagian tepi dan atas pentas puppet dan bendera kecil. Yang paling penting puppets pinjam dari Pra sekolah.. ( nampak tak permainan kat situ.. guna bahan di sekolah seadanya). 

Aktivitinya adalah begini:

First murid-murid akan membaca dialog . Kemudian disebabkan cerita ini berkisar tentang persahabatan jadi kita pasang lagu Count on Me (Bruno Mars). Selepas itu murid membaca dialog sehingga selesai.. The end..

Sebenarnya saya meminta bantuan beberapa orang secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan puppet stage saya ini. Orang pertama mesti encik suami tolong buat layout bagai. Seterusnya Cikgu Azura (cikgu seni) .. dia banyak beri idea bagamana nak letak kertas warna pada kotak.. Cikgu Razif dan cikgu Chan( Cikgu KH dan robotik).. Bab teknikal pasang memasang mereka hebat.. Mereka yang bantu saya.. Cikgu Aida dan Cikgu Mahaslini ( cikgu pra sekolah) yang sudi selongkar kotak cari puppet untuk saya.. Thank you Friends..

I did this on the last day of my head master's retirement day. sob sob...so I'll remember the date (8.2.2018). Selamat bersara cikgu Raja.. I learned a lot from you. May Allah bless you.. 

Adios!

Tuesday, December 5, 2017

Penggunaan risalah dan pamphlet pasaraya sebagai bahan BBM

Pada kali ini, saya ingin kongsi idea aktiviti 'scavenger hunt' menggunakan risalah pasaraya. 


Kebiasaannya, saya akan mengumpul risalah ini sedikit demi sedikit. Sehari sebelum aktiviti dilaksanakan saya minta murid untuk bawa helaian pasaraya pada  hari esoknya. Bagi murid yang tidak bawa, saya berikan risalah yang telah kumpul kepada mereka. 


Aktiviti ini dinamakan 'Grocery Store Scavenger Hunt'. Ianya adalah bagaimana murid dapat mengenalpasti  perkataan yang tertera pada lembaran kerja dan seterusnya mencari barangan yang dikehendaki di dalam risalah. Murid dikehendaki menggunting dan menyatakan harga seperti yang tertera pada risalah.

Aktiviti ini juga boleh dijadikan bahan PBS! Bak kata omputih Kill two birds with a stone. Bagi satu lembaran kerja kita boleh buat untuk banyak laporan seperti PBS, English Week activity dan lain-lain. Jimat masa, tenaga dan duit. ..try it then!

Monday, November 20, 2017

Lesson Plan Flipped Classroom Bahasa Inggeris Tahun 1

Pada 9 November 2017, satu lawatan penanda aras telah berlangsung di SK Seri Ampang melibatkan pegawai JPN, guru besar dan ketua panitia BI (10 buah sekolah yang terpilih) bagi perkongsian amalan terbaik SKK( sekolah kluster kecemerlangan).

Terdapat 4 slot dalam lawatan kali ini melibatkan tayangan video koporat, simulasi guru-guru melalui flipped classroom,  sesi refleksi dan lawatan aktiviti coding. Guru besar YM Raja ZainalAbidin b Raja Yahya merupakan peranan utama di dalam memberi penerangan keseluruhan tentang amalan terbaik sekolah. Selain itu, team kluster sekolah yang diketua oleh cikgu Sabiha bt Abu Bakar juga merupakan tulang belakang yang merancang dan melaksanakan  program ini yang berlangsung agak lancar dan baik. Tidak lupa juga jasa juruteknik komputer yang membantu dalam urusan teknikal dan semua guru yang membantu dari segi jadual relif serta kawalan disiplin murid . Tidak lupa juga pengawas bertugas yang membatu guru-guru melaksanakan program ini dengan jayanya.

Saya pula mengendalikan slot ke 2 bersama Tuan Guru Besar. Saya mengambil kumpulan B dan Tuan guru Besar mengambil kumpulan A bagi aktiviti simulasi guru bagi aktiviti simulasi melalui flipped classroom. Aktiviti ini asalnya adalah daripada simulasi jualan tahun 1 yang telah saya buat dahulu. Boleh rujuk link berikut. ( https://teacherelyana.blogspot.my/2017/09/aktiviti-simulasi-jualan-english-year-1.html ) .



Cuma bagi slot ke-2, aktiviti simulasi guru-guru ini diubahsuai sedikit bagi tujuan aktiviti abad ke 21 iaitu aktiviti berdasarkan flipped classroom. Gambaran aktiviti adalah sewaktu PdPc berlangsung saya memuat naik video dan gambar PdPc di dalam padlet.com bagi tontonon ibu dan bapa murid. Guru-guru yang hadir perlu berlakon menjadi ibu atau bapa murid. Mereka perlu menonton video dan memberi komen positif untuk membantu anak-anak mereka sewaktu sesi jualan berlangsung di dalam tapak padlet.com yang disediakan. Boleh rujuk link padlet.com berikut untuk melihat contoh ( https://padlet.com/imansofea06/interaction ) .

Di bawah pula saya sertakan contoh lesson plan flipped classroom bagi tujuan aktiviti ini.
Bagi sesi refleksi, kami tidak menyediakan ruangan parking lot bagi penulisan refleksi. Kami minta mereka menulis refleksi secara maya di link berikut https://padlet.com/imansofea06/endeavor

I had a stage fright and finally overcame my fear. Yeah!








Sunday, October 22, 2017

Origami phonics card

I made this card by using two squares A4 papers. Let me show the video and steps to produce by displaying some pictures.


I drew this on my own using powerpoint. As you can see, four words pertaining to /oa/ sounds are displayed. Fold the paper (the above picture) to form into a square shape.

Cut at the point after the folding takes place.
A square shape paper after cutting. Then, fold the paper from the other side and it will look like X. The occurrence of middle point appeared after folding.
After that, fold the paper into vertical and horizontal lines. These lines meet at the middle point of the paper.
Fold the four edges of the paper as the above
Fold the two sides left and right as the above
Fold them into this shape
This is the card cover. Cut and fold it in the middle line.
Attach the both sides to the cover using glue.
The final product

I share my drawings and origami card template. Please refer to the link below

Thursday, October 19, 2017

Aktiviti Visual Persepsi bagi murid LINUS


Visual persepsi dan pemikiran kanak-kanak adalah bagaimana mereka menentukan imej di dalam ruang yang diberikan serta berkait rapat dengan psiko motor. Contoh masalah visual persepsi murid di dalam kelas:

Gambar-gambar di bawah adalah merupakan masalah visual persepsi dan psikomotor anak murid saya. Saya telah mendapat kebenaran ibu murid ini untuk mempamerkan hasil kerja anaknya.

TULISAN

Ini adalah contoh menyalin ayat mudah. Murid ini tidak mahir dalam menentukan jarak dari satu perkataan ke satu perkataan yang lain.


Menulis tanpa garisan atau kosong adalah amat sukar. Perhatikan bagaimana dia menulis hari yang panjang dan tarikh. Perhatikan juga bagaimana dia membuat garis lurus. Bagi murid seperti ini, biasakan dahulu dengan kaedah ansur maju menulis perkataan dan kemudian berbentuk ayat dan ruangan bergaris adalah lebih praktik digunakan bagi murid ini. ( a reminder to myself...)


Melukis jadual adalah sangat sukar. Murid ini tidak berkeupayaan membuat jadual secara tepat memandangkan masalah anggaran dan ketepatan ruang pada buku latihan.



Ini pula adalah contoh menulis perkataan secara berulang. Apa yang boleh diperhatikan di sini murid tidak fleksibel jika berada di ruang yang terhad. Ianya bermaksud keupayaan murid menggunakan psiko motor untuk membesar dan mengecilkan tulisan pada ruangan yang terhad adalah amat sukar.

GUNTINGAN
Guntingan adalah tidak sekata dan memerlukan banyak latihan yang melibatkan aktiviti psiko motor


AKTIVITI VISUAL PERSEPSI
Terdapat pelbagai kaedah penulisan serta latihan fizikal yang boleh kita berikan kepada murid bagi latihan visual persepsi. Antaranya adalah:

MENGENALPASTI BENTUK MENGIKUT TURUTAN


MENGENALPASTI HURUF BESAR ATAU HURUF KECIL
MENGENALPASTI PERKATAAN
(Jenis aktiviti: Word search, word maze, crossword puzzle, cari benda tersembunyi)
SAMBUNG GARIS PUTUS-PUTUS


PERMAINAN DAYA INGATAN
MENGECAM GAMBAR

LATIHAN FIZIKAL DAN OUTDOOR YANG BOLEH DILAKUKAN

1. Asingkan warna pensil yang dijumpai di dalam kelas ke dalam bakul yang berbeza.
2. Aktiviti lipatan dan guntingan
3. Origami mudah
4. Permainan jigsaw
5. Pasir kinetik
6. Picture dictionary : Guru sebut objek dan murid tunjuk objek yang disebut.
7. Mengecam nombor di sekitar sekolah
8. Menggunakan kertas pasir untuk mengecam bentuk huruf. Kertas pasir digunakan bagi meransang saraf- saraf di hujung jari.
9. Aktiviti picit bubble wrap. Saya pernah tulis post ini dahulu. Sila rujuk link berikut
10. Aktiviti membaca peta mudah : treasure hunt/ runningman
12.Permainan snap dan donkey
13. Mengenalpasti binatang menggunakan bayang-bayang 
14. Campurkan buku latihan bm, bi dan matematik, Minta murid asingkan dan susun buku secara kemas.
15. Running dictation.
16. BINGO
17. Permainan Kim. ( Permainan pengakap.. tutup barang , buka penutup dan list out the things)
18. play dough
19. Arahan terancang dan berfokus:Guru mengarahkan murid untuk mengambil barang di tempat yang sangat terperinci. Misalnya "tolong ambil guli cikgu. Buka almari. Di dalam almari ada kotak berwarna biru. Buka kotak dan akan nampak botol kaca. Di dalam botol kaca ada guli. Ambil 5 biji guli sahaja.

Jika ada maklumat tambahan bolehlah email atau tinggalkan pada ruangan komen kerana saya juga ingin maklumat yang lebih banyak mengenai masalah ini. 

Gambar-gambar di atas adalah lukisan saya sendiri menggunakan powerpoint. Tiada masalah untuk guna atau edit. Saya buat dan saya share. Harap usaha yang sedikit ini diberkati Allah. In sya Allah.










     













Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...