PLUVIOPHILE

I love rains.

SIMPLE

WEARING SOMETHING COMFORTABLE IS CONSIDERED A FASHION.

PRACTICALITY

BEING PRECISE BUT NOT TEDIOUS.

REALISTIC

MAKE SOMEONE ELSE LIFE EASY.

INTROVERT

AM SURROUNDED WITH LOVELY PEOPLE AROUND ME.

Friday, September 1, 2017

Simulasi pengajaran Unit 18: Spend Smartly

Dear Parents,

Pada 8 September 2017 akan diadakan simulasi pengajaran unit 18: Spend Smartly bagi kelas 1 Amir sahaja. Pdpc pada waktu tersebut akan direkodkan. Oleh yang demikian saya ingin meminta jasa baik ibu bapa untuk meyediakan dan menyiapkan murid-murid mengikut ketetapan berikut:

A. Kumpulan

B. Tugasan

Group 1: Kacang putih/ maruku kacang berharga RM0.80 -RM1.00
Group 2: alat tulis yang berharga RM0.20-RM1.50
Group 3: buku/ komik terpakai RM1 - RM2
Group 4: cokelat( bukan gula-gula) / cookies RM1- RM2
Group 5: Air mineral RM0.60-RM1.00
Group 6 :Buah epal /pear yang tidak berpotong ( RM1.00)

Harga di atas adalah harga belian yang telah tuan puan beli atau ada di rumah.  (jika harga belian lebih rendah  adalah lebih baik). Saya minta ibubapa sila tampal tanda harga pada barang tersebut. 

Contohnya:Harga belian kacang putih RM1.00. Naikkan harga 30 puluh sen menjadi harga jualam RM1.30. Tampal RM1.30 pada barang jualan.

Setiap orang di dalam kumpulan diminta membawa hanya 2-5 barang sahaja. (minimun 2). Jangan bawa lebih daripada 5. Ini adalah aktiviti simulasi dan tujuan utama aktiviti ini adalah murid menggunakan bahasa inggeris sewaktu aktiviti jual beli dan aktiviti perniagaan adalah salah satu elemen pengajaran sahaja.. 

C. Aktiviti jual beli

Pada hari tersebut saya minta murid bawa duit belanja lebihan RM1 atau lebih jika mereka berminat ingin membeli barang daripada rakan-rakan mereka.

Ibu bapa juga boleh membantu anak-anak masing dengan menyediakan poster jualan, hiasan gerai, lapik meja, apron, plastik, bakul jualan dll yang tuan puan fikirkan perlu untuk aktiviti ini. Sebarang penambahan amat dialu-alukan. Contoh penambahan yang boleh  ibubapa lakukan misalnya membalut buah-buahan dengan plastik bewarna. 

Sila sediakan duit syiling dan juga note RM1 bagi memudahkan anak-anak mengira duit dan juga memberi duit baki kepada rakan-rakan.

Minta ibu bapa melatih anak-anak dengan dialog berikut di rumah. Saya juga akan memberikan latihan ini di dalam kelas:

Q:What can I do for you sir/mdm?
A:I want to buy a ruler.
Q:How much is this?
A:This is RM1.
Q:Can I have this ruler please ?
A:Here you are
Q:Thank you
A:You are welcome

Murid-murid akan menjual barang masing-masing di gerai mereka sendiri. Gerai adalah mengikut kumpulan. 

Tq parents..

MDM EL
Sebarang pertanyaan sila hubungi saya 0175699240. 

Sunday, August 20, 2017

Kerja Cuti Sekolah Bahasa Inggeris Tahun 1 Pertengahan Penggal ke 2

Dear parents and pupils,

Terdapat 3 kerja cuti sekolah pada bulan Ogos-September ini.

1. Frog vle
Tugasan frog vle merangkumi 2 bahagian iaitu assignment dan revision. Sila hantar kedua-dua tugasan ini pada atau sebelum 8 September. Markah dan penglibatan akan direkodkan seperti biasa. Selain itu terdapat 1 site bertajuk English Year 1: Unit 17. Murid- murid boleh membaca nota dan membuat ulangkaji pelajaran beberapa topik sebelum ini pada ruangan Notes.

2. Padlet.com

Link tugasan padlet kali ini ialah : https://padlet.com/imansofea06/highfrequencywords
Murid-murid dikehendaki merekod bacaan dan upload suara mereka ke dalam link di atas. Tiada tarikh tutup bagi tugasan padlet. Markah tugasan akan direkodkan.

3. Tugasan bertulis

Tugasan ini adalah tugasan tambahan. Sila cetak dan jawab soalan. Link bagi soalan ini: https://drive.google.com/file/d/0Bxg6TqDTzz-fRHNyOXBSUy14Ymc/view?usp=sharing
Tq parents
Mdm El


Friday, August 18, 2017

Aktiviti Round Table: PdPc abad ke 21 Bahasa Inggeris tahun 1

Unit 17: Months in a Year
Aktiviti abad ke 21: Round Table

Refleksi: Murid tidak dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan. Tambahan pula,  slot tayangan video juga tidak dapat dilaksanakan. Guru memberi penerangan secara verbal sahaja. Pada pendapat saya, guru-guru tahun 1 yang ingin melakukan aktiviti abad ke 21 hanya perlu fokus kepada satu aktiviti sahaja kerana faktor kekangan masa pengurusan murid tahun 1 sewaktu aktiviti berkumpulan. Secara peribadi saya suka dengan aktiviti yang dijalankan dan murid juga memahami arahan saya sepenuhnya. Objektif pengajaran saya tercapai walaupun hasil kerja mereka separuh siap. Namun dari faktor emosi, ianya agak sukar dijangka misalnya ada murid yang menangis kerana kawan-kawan menegur tulisannya dan ini memberi sedikit kesukaran kepada kumpulan untuk meneruskan tugasan. Dari sudut yang lain, saya dapat melihat pembentukan kumpulan yang dinamik. Ada kumpulan yang berupaya menagihkan kerja kepada rakan-rakan tanpa bantahan dan ini sangat memberi kesan positif sewaktu aktiviti ini dijalankan.



Aktiviti Round Table 1 Amir 2017



Video Round Table 1 Azim 2017
Full lesson plan boleh dilihat di sini: 

Sunday, July 30, 2017

Panduan untuk guru :cara meletakkan imej hitam putih bagi membina lembaran kerja dan kertas ujian.

Kali ini saya akan memberi panduan kepada rakan-rakan guru bagaimanakah caranya untuk masukkan gambar/imej bagi tujuan membina lembaran kerja dan kertas peperiksaan. Seperti yang kita maklum, kertas soalan tahap 1 memerlukan banyak bahan bergambar. 

Saya selalu didatangi rakan guru dan mereka bertanya bagaimana mahu menghasilkan lembaran kerja seperti yang saya lakukan. Jadi pada kali ini saya akan memberi panduan mudah bagaimana kita menghasilkan lembaran kerja kita sendiri menggunakan microsoft words dan google image.

Langkah 1:
a. Type google.com pada ruang carian
b. Paparan adalah seperti di bawah.
c. Klik google imej (seperti pada anak panah) 


Langkah 2:
a. Type gambar yang hendak dicari. Contoh: Jika kita ingin cari gambar kucing, taip 'cat colouring page'. Mengapa kita perlu letak colouring page? Ini adalah kerana kita mahukan imej hitam putih supaya murid-murid dapat mewarna sendiri lembaran kerja yang diberikan.
b. Jika anda menghasilkan lembaran kerja bagi subjek lain sekalipun, gunakan medium bahasa inggeris sebagai bahan carian anda. Ini kerana ianya lebih banyak dan lebih menyeluruh. Contohnya: ' Solat prayer colouring page' ( bagi kegunaan guru pendidikan islam)
b. Klik enter
Langkah 3:
a. Ini adalah paparan imej hitam putih bagi carian tadi. 
b. Pilih imej yang dikehendaki.
c. Klik pada gambar.
Langkah 4:
a. Akan keluar paparan seperti ini.
b. Klik kanan mouse dan akan keluar arahan.
c. Klik copy image

Langkah 5:
a. Buka microsoft words
b. Klik insert
c. Klik text box
d. Klik pada text box yang diingini

Langkah 6:
a. Text box akan berada di bahagian atas.
b. Paste gambar cat tadi di bahagian bawah
c. Jika gambar besar, kecilkan dari penjuru gambar.
Langkah 7:
a. Drag gambar kucing ke dalam text box. Mengapa kita perlu masukkan gambar/imej ke dalam text box? Ini adalah bagi memudahkan kita menyusun gambar bagi penyediaan lembaran kerja.
b. Bolehkah tidak menggunakan text box? Jika kita tidak menggunakan text box gambar/imej sangat sukar untuk disusun. Kita hanya boleh guna butang tab atau enter sahaja, tetapi jika kita meletakkan imej di dalam text box, kita boleh drag kotak textbox bersama imej kemana lokasi yang kita mahukan.

Selamat mencuba.

Sunday, July 23, 2017

Bina ayat bahasa inggeris sekolah rendah : Teknik 2

Lama rasanya tidak menulis blog. Bagi aktiviti membina ayat Teknik 1 dahulu saya fokuskan kepada membina ayat menggunakan demonstrative pronoun. Pada kali ini saya ingin berkongsi pdpc membina ayat mudah menggunakan preposition of place. Teknik ini saya pelajari daripada seorang guru otai yang sangat berpengalaman, cikgu Noraini bt Abd Rahman lebih kurang 7 tahun dahulu. Cikgu Aini pun sudah lama pencen namun saya sangat menghargai ilmu ini dan saya panjangkan kepada rakan-rakan yang lain. Semoga kita mendapat manfaat bersama.

Fokus : writing skill (parallel writing)

Grammar : Preposition of place : in, on, under, between, beside, near 

Kaedah:

1. Guru menerangkan preposition of place kepada murid. ( Ini kebiasaan yang dilakukan oleh guru)

Saya akan fokus kepada implementasi berbanding penerangan isi pengajaran. Cikgu- cikgu tentu mempunyai pelbagai kaedah penerangan isi pengajaran yang menarik seperti penggunaan gambar secara tradisional mahupun penggunaan visual menggunakan ICT.


2. Kaedah penulisan secara latih tubi lisan
Guru menerangkan cara menulis ayat. Oleh itu,  penekanan kepada pronoun/noun bagi subject dan juga object adalah amat penting. Beri contoh mudah di dalam kelas terlebih dahulu. Minta murid bina ayat. Misalnya:

Buku-buku di atas meja ------ The books are on the table


3. Lembaran kerja.
 Ini cara yang saya pelajari dari guru otai saya. Saya sediakan lembaran kerja dan cari gambar dan copy dan paste seperti  gambar di atas. Kemudian, saya akan fotostat sebagai lembaran kerja murid.

4. Lakukan aktiviti lisan terlebih dahulu. Misalnya:
Construct the sentence for the first picture. Do you want to talk about a girl or a boat? 
Jika mereka menjawab 'The girl'. Kemudian guru berkata.. ok.. lets start with' The girl.. dan minta mereka sambungkan sendiri ayat. 

5. Aktiviti menulis.
Murid perlu salin tajuk di dalam buku tulis dan kemudian potong kesemua gambar. Terdapat 11 gambar di atas. Oleh itu, murid perlu membina 11 ayat.

Tampal gambar di atas buku tulis dan tulis ayat di sebelah atau di bawah gambar. 

Maaf saya tiada contoh gambar. Saya sertakan link lembaran kerja beserta jawapan berbentuk pdf. Kawan-kawan boleh download dan cuba.

Tuesday, May 23, 2017

Kerja cuti sekolah Bahasa Inggeris tahun 1

Parents and pupils,

Terdapat tiga kerja sekolah cuti sekolah pada kali ini. 

1. Padlet.com 

Murid dikehendaki menulis ayat mudah beserta gambar di dalam tugasan padlet kali ini


Ini adalah projek kolaborasi dengan sekolah Indonesia. Pelajar Indonesia mungkin akan mengambil masa lebih sedikit lewat bagi menyiapkan tugasan projek ini. Namun bagi murid 1 Amir, 1 Azim dan 1 Azam tempoh tugasan padlet adalah bermula 26.5.2017 dan tiada tarikh tutup.

2. Frogvle 2nd  assignment 

Login dan password adalah sama seperti yang dilekatkan di dalam buku tulis. Lebih mudah jika ibubapa menyimpan login dan password anak-anak kerana ianya akan digunakan dalam jangkamasa yang panjang iaitu hingga ke sekolah menengah.

Tugasan ke 2 ini akan dibuka padan 26.5.2017 dan berakhir pada 11.6.2017

Bagi kelas 1 Azam ini merupakan kali pertama anda melayari frogvle. Anda hanya perlu melihat notification, download soalan dan menaip jawapan di dalam kotak yang telah disediakan.

Link frogvle SKSA: https://aba2050.1Bestarinet.net

3. Tugasan bertulis

Tugasan ini merupakan tugasan tambahan. Terpulang kepada ibu bapa dan anak anak untuk melakukannya jika berkesempatan. Bagi yang menjawab, saya akan berikan satu sticker reward sebagai extra effort mereka melakukan tugasan. Bagi yang tidak menjawab pun tidak mengapa boleh jawab di lain kali.


Selepas print minta murid tampal di dalam buku tulis yang diberikan.



Selamat menjawab dan selamat bercuti..

Mdm El 

Thursday, May 11, 2017

English Year 1 PBS Transit form

Saya edit semula borang PBS daripada internet pelbagai versi and created my own version. As what have been told, terdapat 3 perkara yang perlu ada untuk pentaksiran iaitu transit forms, modul perekodan ( ada lambang KPM) dan evidence. ( Ini pun buat bacaan dalam internet jugak)❤. Saya beri link untuk down di bawah:



Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...