PLUVIOPHILE

I love rains.

SIMPLE

WEARING SOMETHING COMFORTABLE IS CONSIDERED A FASHION.

PRACTICALITY

BEING PRECISE BUT NOT TEDIOUS.

REALISTIC

MAKE SOMEONE ELSE LIFE EASY.

INTROVERT

AM SURROUNDED WITH LOVELY PEOPLE AROUND ME.

Sunday, March 17, 2019

Tips pemudahcaraan pelaksanaan PBD tahap 1

Saya share cara saya melaksanakan PBD tahap 1. Lain orang lain caranya. Pilih yang paling sesuai dengan naluri dan jiwa kita. Jika kita sebati dengan cara menulis maka gunakan kertas dan tulis. Jika anda sukakan IT  maka taiplah instrumen dan borang bagai di dalam komputer.  Apa yang penting dokumentasi perekedon perlu ada.

Ada orang tanya saya, boleh share tak bahan, borang, bahan-bahan pentaksiran. Saya bukan kedekut tetapi kelas dan aras murid kita berbeza mana mungkin bahan saya sesuai dengan murid anda. Improvisasi  bahan adalah sangat sesuai but not tiru bulat-bulat. Come on, kita kan cikgu Malaysia. Eh eh.. terbebel sorry.. 

So, this what I do. First, jika kita ingin mentaksir murid pada hari berikutnya maka persiapkanlah lesson plan kita dengan meletakkan cara pentaksiran seperti di bawah:



Selepas step pentaksiran sudah ada di dalam lesson plan, kita perlu sediakan dokumen instrumen pula. Pilih yang mana sesuai dan suka di hati. Ada pelbagai jenis instrumen boleh rujuk buku PBD yang dikeluarkan oleh kerajaan. Antaranya catatan anekdot, lembaran kerja, pentaksiran lisan guru- murid dan lain-lain.  Konsep saya senang. Buat dahulu. Betul dan salah cerita lain, Pegawai datang pantau, kalau kita salah kerja dia yang perlu betulkan kita. Yang penting buat. Jangan tak buat. So this is how I do. Contoh salah satu borang instrumen :-



Isi dulu butiran pentaksiran untuk esoknya


item-item untuk pentaksiran dan evidence biarkan kosong


Borang transit: tulis tarikh dan kemahiran sahaja. selepas taksir isi dalam borang instrument dan nilai masukkan tahap penguasaan di dalam ruangan. Saya sudah taksir ( kerana itu sudah ada tahap penguasaan murid). 

Semua kerja saya lakukan di dalam google drive. Bagaimana saya buat. Mari saya tunjukkan. 

Sediakan satu folder PBD

Create lagi dua folder di dalam folder PBD tadi

Folder borang transit: masukkan borang transit kelas yang diajar

Di dalam folder instrument create folder untuk kelas-kelas yang diajar

Di dalam kelas, create folder bulan, jan, feb etc

Contoh di dalam folder Januari, masukkan instrumen pentaksiran januari di sini

Oleh kerana saya menggunakan komputer dan internet bagi mengisi dapatan pentaksiran, maka sewaktu pentaksiran lisan misalnya saya akan buka komputer dan terus taip nama murid -murid yang melaksanakan pentaksiran dan mengikut kriteria ditetapkan. 

Saya rasa cara ini lebih mudah. Mungkin sebab saya suka komputer dan paperless. 

Tepuk dada tanya selera

Regards
Elyana

Aktiviti recycle English on Thursdays

I did this project on 7th March 2019. Aktiviti mudah yang dilaksanakan ini hanya memerlukan beberapa bahan. Pertama 4 bekas berwarna merah, biru, kuning dan hijau bagi melambangkan recycling bin. Saya beli bekas di kedai Eco. Kemudian, skrip lagu recycle saya pilih video Reduce Reuse Recycle. Saya pilih lagu ini sebab lagu ini sangat mudah dan senang murid nyanyi. Saya juga sediakan bahan-bahan terbuang seperti tin, botol kaca, kertas, tisu, straw, bekas platik dan beg plastik. selain itu saya print 4 gambar recycling bin.


Amaran: Cara ini adalah untuk org don't have don't have.. Orang have-have beli le bin lawa dan besar sikit. Baru la nampak macam real tong sampah..haha

Label saya tidak jelas. Harap boleh zoom.



Aktiviti yang dilaksanakan:

1. Sebelum mula program edar dulu skrip lagu
2. Guru menerangkan tentang recycle, warna-warna pada recyling bin, simbol recycling bin, cara-cara menggunakan recycling bin dan kepentingan  recycle kepada alam sekitar.
3. Murid mendengar dan menyanyikan lagu
4. Murid mengasingkan bahan-bahan terbuang.
5. Murid membuang sampah mengikut bin yang betul.


Harap pengkongsian ini bermanfaat..

Lawatan Kebitaraan ICT ke Akedemi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Rumah Katun Malaysia

Lawatan ini dilaksanakan pada 26 November 2018. Secara am,  kami melawat ASWARA dari pelbagai jabatan. Namun Jabatan utama yang kami lawati ialah Jabatan Animasi dan multimedia.  Penerangan ilmiah telah diberikan oleh  wakil ASWARA.Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan tentang pembelajaran ICT secara am di pusat pengajian tinggi dan seterusnya dapat mencungkil minat dan cita-cita murid-murid di dalam bidang lukisan dan multimedia. 

Seterusnya kami ke Rumah Katun Malaysia di Tasik Perdana. Murid-murid sangat gemar melihat katun secara dekat. Mereka juga diajar untuk melukis asas katun oleh kartunis-kartunis ternama suatu ketika dahulu. 







Dalam lawatan kali ini, saya memilih murid-murid yang terdiri daripada murid tahun 2-6. Mereka adalah pengawas ICT sekolah, murid berdisiplin tahap 1 dan murid daripada golongan kurang berkemampuan.


Monday, August 13, 2018

Kidzania Kuala Lumpur... the best ever..

It's simply amazing. First time being here. It looked like real city. Keen forward to bring my kids again someday. 

At computer factory

Culinary House -making italian pie

Making burger at Mc Donalds

Dance performance



Friday, June 22, 2018

Trek basikal kanak-kanak Taman Dr. Senivasagam Ipoh

Kita lari sikit topik kali ini. Selalu saya kongsi idea PdPc, tapi kali ini saya ingin kongsi satu tempat di Ipoh iaitu Trek Basikal. Saya suka tempat ini kerana ianya tenang dan sangat mententeramkan. Both of us, my husband and me are introvert type , maka tempat ini sesuai untuk jiwa kami berdua dan juga jiwa anak-anak kami. Saya dan suami tidak suka berada tempat yang padat kerana sangat menyesakkan. Siapa sama kita geng..

Untuk yang bukan tinggal di Ipoh, nak taman ini senang sahaja. Berada di tengah bandaraya Ipoh dan berdekatan dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun. (Ala.. google maps kan ado).

Trek basikal ini direka menyerupai dengan jalan raya sebenar . It looks like real road with the road signs, roundabouts, traffic lights, bus stop, etc. Pemandangan di sini juga sangat awesome. Taman ini adalah di bawah selian Majlis Bandaran dan masuk adalah percuma. Perkhidmatan menyewa basikal juga disediakan. Tidak mahal pun. Bagi basikal kecil RM2 dan basikal besar RM5 untuk tempoh satu jam.

Saya kongsikan gambar di bawah..

 



Dengan maklumat yang tidak seberapa ini, harap dapat guide you all nak cari tempat-tempat yang simple dan awesome dan yang penting tak guna banyak wang. Jika saya pergi ke tempat orang pun, saya akan google benda yang sama. Enjoy! Bye!



Monday, June 4, 2018

Projek Habitat CEFR Bahasa Inggeris Tahun 2

Projek ini dilaksanakan selama 4 minggu bagi tujuan pentaksiran berasaskan bilik darjah bagi kemahiran  yang dinilai iaitu 3.2.3 i) Use visuals on the page to help understand a word or phrase. Murid sangat komited melaksanakan projek ini dengan bantuan ibu bapa , guru dan bahan rujukan tambahan seperti picture dictionary dan sumber internet. Aktiviti ini merupakan aktiviti berkumpulan dan ianya dilaksanakan pada akhir waktu pengajaran.

HASIL PROJEK MURID

Group 1 (Desert)

 Group 2 (Jungle)

Group 3 (Ocean)

Group 4 (Ocean)

Group 5 (Jungle)

Group 6 (Ocean)

Aktiviti ini mendapat kerjasama yang penuh daripada ibu bapa. Mereka cuba memberi cadangan penambahbaikan di dalam platform padlet.com. Rujuk link : https://padlet.com/imansofea06/habitat

Setelah selesai aktiviti projek ini, saya meletakkan hasil kerja murid di ruang belakang bagi sesi pameran. Kami telah menjemput murid-murid dari kelas lain, guru-guru serta guru besar untuk melihat hasil kerja murid serta memilih satu kumpulan yang mereka rasakan terbaik dan menulis di atas kertas serta dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan. untuk diberikan hadiah yang istimewa bagi usaha keras mereka selama beberapa minggu ini. 

Sesi lawatan murid Pra sekolah

Murid menilai kumpulan terbaik

Memang seronok melaksanakan projek ini. My students love it..

Penggunaan papan layar ( backdrop) di dalam pengajaran dan persembahan

Pada mulanya, saya memesan papan layar ini untuk digunakan bagi persembahan Action song sekolah. Then, I discovered it has a multipurpose use. Corak yang saya pilih adalah berbentuk permandangan agar ianya boleh disesuaikan dengan kebanyakan keadaan. Harga board ini adalah RM200+. Jika ianya diulang pakai oleh guru-guru, maka pembelian backdrop ini adalah sangat berbaloi. 

PERSEMBAHAN ACTION SONG 2018 - NYANYIAN LAGU LEMON TREE


PERSEMBAHAN ENGLISH ON THURSDAYS - NYANYIAN LAGU FLY FLY FLY THE BUTTERFLY

PENTAKSIRAN BERASASKAN BILIK DARJAH ( 2.3.1 - INTRODUCE SELF TO AN AUDIENCE USING FIXED PHRASES) 

Ala-ala public speaking gitu.. Ok.. time to go.. adios!

 


Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...