PLUVIOPHILE

I love rains.

SIMPLE

WEARING SOMETHING COMFORTABLE IS CONSIDERED A FASHION.

PRACTICALITY

BEING PRECISE BUT NOT TEDIOUS.

REALISTIC

MAKE SOMEONE ELSE LIFE EASY.

INTROVERT

AM SURROUNDED WITH LOVELY PEOPLE AROUND ME.

Sunday, August 21, 2016

Parkir Lot (Parking lot) kelas saya

Parking lot di dalam kelas abad ke 21 mungkin tidak asing bagi guru-guru. Saya juga telah cuba membuat parking lot sendiri dengan mengambil ilham guru-guru luar negara di imej google. Di bawah adalah parking lot kelas saya

Bagi yang belum biasa dengan aktiviti appresiasi dan luahan perasaan ini, guru-guru bolehlah mencuba kaedah di bawah:

1. Satu kertas manila kosong juga boleh dijadikan parkir.
2. Sediakan sticky notes
3. Pada masa 5 minit terakhir minta murid membuat refleksi tentang apa yang mereka hendak luahkan pada akhir pengajaran.
4. Minta murid lekatkan sticky notes di parkir
5. Selepas pdp guru boleh mengutip semua sticky notes dan pada waktu lainnya guru yang lain pula boleh menggunakan parkir tersebut.
6. Guru boleh membaca luahan hati murid dan mengaitkan juga dengan objektif pengajaran guru pada hari tersebut.


Antara contoh hasil refleksi murid -murid saya

Selain daripada parkir lot yang ditampal di dalam kelas, saya juga telah membuat parkir lot pengajaran dalam bentuk maya iaitu melalui padlet.com

Anda boleh melihat contoh parking lot saya di ruangan ini. Selamat mencuba

Sunday, August 16, 2015

Reading Programme Launching Materials. - Bahan Perasmian bagi Minggu Membaca

Hari ini saya nak share buat materials untuk reading programme launching. Susah juga nak cari idea. Saya cuba berbincang dengan cikgu Azizah di fb messenger untuk mencari idea. So, she listed out a few. Saya pilih cadangan untuk buat big book for launching. Next, saya lihat youtube bagaimana nak hasilkan buku besar. Saya ikut seperti youtube ini( credit to the owner): 

Seterusnya , saya ikut sama macam ni. Cuma ada part yang saya tak buat sebab big book saya bukan la besar sangat.

Kita buat template guna corak di atas dan tekap pada modeling board. Perlu diingatkan perlu guna kertas kad board yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis kad board di pasaran. Untuk buat sesuatu yang boleh didirikan gunakan modeling board. Nampak macam elephant card board je.. tapi bila didirikan dengan menggunakan gam uhu binaan boleh didirikan. Amazing.
Gambar di atas adalah contoh sebelah rangka big book yang dibuat menggunakan modeling board. Seterusnya rangka tersebu di lekatkan di atas mounting board( warna hitam). 

Kemudian, untuk jadikan lembaran muka surat di bahagian atas, tepi dan bawah gunakan elephant card. Lekatkan semua bahagian dengan kemas. Akhir sekali bolehlah lukiskan jalur pada bahagian tepi, bawah dan atas buku. Proses ini diulangi untuk buat bahagian buku di sebelah yang lain pula. dan inilah hasilnya
Sila abaikan gambor bakul kain sebakul yang tidah dilipat di atas.kih kih.. Ini adalah contohnya. So move on to the next step. Saya bercadang untuk melekatkan perkataan 'reading' dan 'is' pada sebelah kiri buku. Pada waktu perasmiaan guru besar akan menampal perkataan 'awesome' di sebelah kanan. Saya gunakan penegak big book ( pinjam library punya) untuk meletak big book ini.

Taraa.. Memang senget sikittt je la sebab ukur tak betul tapi tak nampak sangat kan. :P . Akhir sekali sewaktu bergambar saya sediakan english props. Bagi kat sorang satu pegang dan selesai.





Thursday, August 6, 2015

Categorizing activities using stickers- Topic 'On the Farm' (Year 2)

Hi again. Aktiviti ini saya buat minggu lalu. Pengajaran adalah berkaitan dengan 'How animals move?'. Pertama kita sediakan nota ringkas untuk penerangan kepada murid.

Kedua, edarkan pula worksheets yang berkaitan dengan pergerakan binatang. Make it into four column. First column untuk run/walk. Seterusnya adalah fly, swim dan hop/jump.
Gunakan kertas sticker putih kosong untuk print gambar binatang. Gambar-gambar boleh diperolehi daripada google imej. Jika hendak gambar yang tidak berwarna taip misalnya ' sheep colouring page'. Copy dan paste ke microsoft words dan print gambar. 
Penggunaan kertas sticker memberi sedikit kelainan berbanding penggunaan gam untuk melekat gambar. Murid seterusnya menggunting gambar dan masukkan ke column yang betul.
Akhir sekali, murid bolehlah mewarna gambar di atas kertas sticker. 



Wednesday, August 5, 2015

Creative fill in the blanks activity (Idea kreatif aktiviti mengisi tempat kosong )

Saya dan rakan terlibat dengan aktiviti LINUS Bahasa Inggeris di daerah Kinta Utara pada 3 Ogos yang lalu. Sebanyak 6 buah sekolah telah terlibat di dalam projek ini. Sekolah saya telah ditugaskan untuk menghasilkan bahan bantu untuk konstruk 7 (penulisan). Setelah mengadakan perbincangan dengan rakan, kami bersetuju untuk menghasilkan aktiviti 'fish the phrases'. 

Pada awalnya kami telah memilih 3 jenis gambar pekerjaan seperti nurse, policeman dan teacher. Rakan saya memilih untuk draf petikan dan pilihan jawapan. Saya pula mewarna gambar akuarium dengan menggunakan crayon dan mencari gambar haiwan di laut di dalam google imej.

Alatan yang diperlukan untuk aktiviti ini adalah seperti pancing mainan( boleh beli di kedai RM2, berserta GST 15sen), kolam kanak-kanak (saya ambil kolam anak di rumah.. kih kih), magnet yang boleh digunting, salotape,kad manila, kertas berwarna sticker dan bluetax.


Setelah memilih gambar haiwan di dalam laut di dalam google image. Copy gambar ke microsoft words. Kecil atau besarkan gambar mengikut kesesuaian akuarium yang telah diwarnakan. Di sini saya telah menggunakan satu kad manila untuk menghasilkan gambar akuarium. Setelah itu insert text box dan tulis frasa yang dikehendaki. Print gambar pada kertas berwarna dan laminatekan gambarkan tersebut. Di belakang gambar boleh letakkan magnet( Saya beli magnet panjang yang boleh digunting). Contoh frasa adalah seperti di atas. Frasa-frasa tersebut saya letak di dalam kolam.


Di papan putih bermagnet tampal gambar dan kad manila yang diwarnakan lukisan akuarium. Di atas kad manila tersebut, cetak ayat petikan yang telah didraf. ( saya gunakan kertas sticker bagi membuat petikan)



Seterusnya adalah gambar aktiviti memancing ikan. Gunakan pancing dari kedai dua ringgit (jangan susah badan untuk buat fishing rod sendiri.. hihi..) Bab ini teknikal part saya gagal sedikit. Saya lekatkan magnet di belakang badan ikan. Tetapi pada mulanya ikan tersebut diletakkan di bahagian hadapan supaya murid dapat membaca dan memilih ikan yang betul. Setelah itu murid pusingkan ikan tersebut di belakang untuk aktiviti pancing. ( Boleh giteww..hihi.. terbalik- terbalikkan ikan.. hihi)




Setelah memilih ikan dengan frasa yang betul, murid meletakkan ikan tersebut di tempat  kosong di di dalam akuarium kad manila. Teknikal part yang ini pun tak menjadi juga. Don't worry kita ada plan A,B,C, D.. hihi. Secara logiknya sepatutnya ikan tu melekat pada kad manila but unfortunately it did not work. #stress. Oleh itu, kami menggunakan blue tax untuk lekatkan ikan tersebut pada ayat. (Mak ok jer)


Taraa! This is the final product. Lepas tu apa lagi drill membaca la kan. Secara amnya saya sangat berpuas hati dengan aktiviti ini. Sila abaikan teknikal part yang dinyatakan sebelum ini. hihi. Saya anggap aktiviti telah berjaya menjana kreativiti saya. Yeah..berjaya. ( Den perason jo den kretip :P.. )




Tuesday, February 3, 2015

Contoh pendekatan multi-sensory dalam pembelajaran Bahasa Inggeris topik Being Healthy

Saya baru mula dengan topik ini pada minggu lepas. Bagi pengajaran Bahasa Inggeris saya banyak menggunakan kad gambar bagi pengukuhan kosa kata(vocabulary). Pada awalnya saya membahagikan 'Types of food' kepada beberapa bahagian seperti desserts, drinks dan lain-lain lagi.
Seterusnya saya minta murid mengambil kad gambar dan letakkan di dalam kumpulan makanan yang betul.


Setelah itu, saya sebut nama makanan dan murid-murid mengulang semula perkataan tersebut. Bagi aktiviti berasaskan multi -sensory, saya minta murid ke depan dan minta mereka sentuh gambar makanan yang saya sebutkan. Contohnya seperti : Touch bread, touch fish dan lain -lain lagi.

Tuesday, January 20, 2015

Lesson plan English Year 3 (Topic: Things I do)

Di bawah ini adalah contoh RPH yang saya tulis bagi tahun ini. Setiap orang ada cara mereka sendiri bagi penulisan RPH .Ini adalah cara saya. Kali ini saya cuba sertakan dengan aktiviti HOTS.  Ianya agak panjang (Memandangkan saya berada di sekolah cluster yang mana RPH sekolah saya menggunakan perisian online, maka tiada kekangan bagi saya menulis panjang). Jika saya menulis di dalam buku rekod saya pasti tidak akan cukup ruangan untuk menulis RPH sebegini. Harap perkongsian saya ini bermanfaat kepada anda.

Alamak! Just realize ada grammar mistakes 'writing practice in text book'. - ganti sendiri 'from'. Sewaktu saya memuat turun lesson plan ini saya baru selesai hantar RPH dlm online sistem. Tengah ting tong juga ni. :p . Mana2 grammar mistakse tolong betulkan yer. Lagi best tinggalkan komen di ruangan komentar. Sharing is caring. 

Tuesday, January 6, 2015

Teknik mewarna menggunakan krayon bagi menghasilkan tona warna

Hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik mewarna menggunakan krayon bagi menghasilkan tona warna. Bahan utama yang perlu ada adalah krayon yang melebihi 12 batang warna. ( 12 batang warna mungkin kurang sesuai bagi penghasilan tona warna yang cantik). Seperti gambar di bawah saya memilih menggunakan crayon yang mempunyai 36 jenis warna.


Ambil contoh jika kita ingin mewarna daun, maka terdapat 3-4 jenis warna yang diperlukan iaitu hijau gelap,hijau muda, putih dan jika ingin menambah tona maka bolehlah meletak warna kuning sebagai tambahan.


Seterusnya, kita mulakan warna dengan warna yang paling gelap iaitu warna hijau gelap. Bagi membuat tona kita gunakan pula warna hijau muda. Tindankan warna hijau muda diatas hijau tua (bukan semuanya hanya sebahagian sahaja). Tolak warna gelap ke atas bersama-sama warna terang. Jika anda dapati terdapat lebihan krayon setelah proses penindanan warna tadi ianya bukanlah kotoran dan anda tidak perlu membuangnya. Gunakan lebihan tompokon krayon tersebut bagi mewarna dan menghasilkan tona warna. Gambar di bawah menerangkan proses mewarna tona warna. 



Setelah itu kita tindan pula warna putih ke atas hijau muda(bukan semua tetapi sebahagian sahaja). Warna putih hanya sebahagian kecil sahaja di dalam objek yang diwarna. 

Lukisan di bawah adalah hasil yang telah saya warnakan sewaktu kursus seni visual pada tahun 2013. Gambar lukisan di sebelah atas adalah warna campuran antara krayon dan warna pensil. Ianya bukanlah hasil lukisan saya tetapi ianya adalah hadiah daripada jurulatih pada masa itu. (saya adalah antara 20 orang yang terpilih untuk menerima hadiah lukisan). Anda bolehlah melihat dengan lebih lanjut. Selamat mencuba!

Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...