PLUVIOPHILE

I love rains.

SIMPLE

WEARING SOMETHING COMFORTABLE IS CONSIDERED A FASHION.

PRACTICALITY

BEING PRECISE BUT NOT TEDIOUS.

REALISTIC

MAKE SOMEONE ELSE LIFE EASY.

INTROVERT

AM SURROUNDED WITH LOVELY PEOPLE AROUND ME.

Tuesday, January 20, 2015

Lesson plan English Year 3 (Topic: Things I do)

Di bawah ini adalah contoh RPH yang saya tulis bagi tahun ini. Setiap orang ada cara mereka sendiri bagi penulisan RPH .Ini adalah cara saya. Kali ini saya cuba sertakan dengan aktiviti HOTS.  Ianya agak panjang (Memandangkan saya berada di sekolah cluster yang mana RPH sekolah saya menggunakan perisian online, maka tiada kekangan bagi saya menulis panjang). Jika saya menulis di dalam buku rekod saya pasti tidak akan cukup ruangan untuk menulis RPH sebegini. Harap perkongsian saya ini bermanfaat kepada anda.

Alamak! Just realize ada grammar mistakes 'writing practice in text book'. - ganti sendiri 'from'. Sewaktu saya memuat turun lesson plan ini saya baru selesai hantar RPH dlm online sistem. Tengah ting tong juga ni. :p . Mana2 grammar mistakse tolong betulkan yer. Lagi best tinggalkan komen di ruangan komentar. Sharing is caring. 

Tuesday, January 6, 2015

Teknik mewarna menggunakan krayon bagi menghasilkan tona warna

Hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik mewarna menggunakan krayon bagi menghasilkan tona warna. Bahan utama yang perlu ada adalah krayon yang melebihi 12 batang warna. ( 12 batang warna mungkin kurang sesuai bagi penghasilan tona warna yang cantik). Seperti gambar di bawah saya memilih menggunakan crayon yang mempunyai 36 jenis warna.


Ambil contoh jika kita ingin mewarna daun, maka terdapat 3-4 jenis warna yang diperlukan iaitu hijau gelap,hijau muda, putih dan jika ingin menambah tona maka bolehlah meletak warna kuning sebagai tambahan.


Seterusnya, kita mulakan warna dengan warna yang paling gelap iaitu warna hijau gelap. Bagi membuat tona kita gunakan pula warna hijau muda. Tindankan warna hijau muda diatas hijau tua (bukan semuanya hanya sebahagian sahaja). Tolak warna gelap ke atas bersama-sama warna terang. Jika anda dapati terdapat lebihan krayon setelah proses penindanan warna tadi ianya bukanlah kotoran dan anda tidak perlu membuangnya. Gunakan lebihan tompokon krayon tersebut bagi mewarna dan menghasilkan tona warna. Gambar di bawah menerangkan proses mewarna tona warna. 



Setelah itu kita tindan pula warna putih ke atas hijau muda(bukan semua tetapi sebahagian sahaja). Warna putih hanya sebahagian kecil sahaja di dalam objek yang diwarna. 

Lukisan di bawah adalah hasil yang telah saya warnakan sewaktu kursus seni visual pada tahun 2013. Gambar lukisan di sebelah atas adalah warna campuran antara krayon dan warna pensil. Ianya bukanlah hasil lukisan saya tetapi ianya adalah hadiah daripada jurulatih pada masa itu. (saya adalah antara 20 orang yang terpilih untuk menerima hadiah lukisan). Anda bolehlah melihat dengan lebih lanjut. Selamat mencuba!

Teknik penyoalan melalui kaedah montessori bagi aktiviti masakan mudah untuk anak-anak

Kaedah montessori adalah salah satu kaedah yang amat digemari oleh ibu bapa masa kini. Kaedah ini sesuai digunakan bagi kanak-kanak di dalam lingkungan usia 2-6 tahun.

Hari ini saya minta Aleesya untuk menolong saya masak di dapur sementara iman pula menyiapkan jahitan yang saya berikan sebelum ini. Saya memilih masakan cokodok bagi meransang aktiviti psikomotor memandangkan ini merupakan makanan kegemaran aleesya.

Perkara pertama yang saya lakukan adalah membuang kulit pisang dan saya minta aleesya untuk melenyek pisang.  Aktiviti ini dapat menguatkan pergerakan tangan kanak-kanak. Sewaktu melenyek pisang saya terangkan kepada aleesya tentang proses membuat cokodok dan saya selang selikan dengan soalan mudah. Berikut adalah perbualan di antara saya dan aleesya.

Me: selepas ini agak-agak kak cik (panggilan untuk aleesya) bahan apa yang kita perlu masukkan pula?

Aleesya: tak tahu

Sebagai ibu, kita perlu mendorong agar dia boleh berfikir dan  boleh memberi jawapan.

Me: ok. Mama nak tanya. Kalau kita nak masak kek kita perlukan bahan apa?

Aleesya: geleng kepala.

Me: bahan tu berwarna putih

Aleesya: tak tau la mama.

Me: tepung

Pada akhirnya, kita bolehlah memberi jawapan setelah menyatakan ciri-ciri yang dikehendaki. Seterusnya:

Me: selepas ini kita perlu jadikan tepung dan pisang ni jadi cair. Jadi apa yang perlu kita tambah kak cik?

Aleesya: hmmmm

Me: air.

Soalan seterusnya:

Me: selepas ini kita kena jadikan bahan cokodok ni lembut. Jadi kita perlu letak sebiji telur. Errr.. telur tadi untuk apa kak cik?

Aleesya: lembut

Me: bagaimana kita nak jadikan bahan cokodok ni manis?

Aleesya: taruh garam.

Me: kalau kita nak bahan ni manis kena taruh gula. Garam untuk jadi masin.

Me: ok sekarang kita perlu tambah lagi satu bahan supaya cokodok ni menjadi masin. Kita kena letak apa?

Aleesya: garam

Sewaktu proses mengadun bahan, kita bolehlah bertanya soalan seperti ini

Me: cuba aleesya terangkan semula pada mama bagaimana kita nak sediakan bahan untuk membuat cokodok.

Tidak dinafikan aleesya masih belum mampu menyatakan mengikut turutan. Namun demikian, dia berjaya menyatakan apa yang perlu dibuat dengan ransangan dan panduan daripada saya.














Saturday, January 3, 2015

Aktiviti language art: Facebook drawing

Aktiviti ini saya jalankan tahun lepas sewaktu mula-mula sampai ke SK Seri Ampang( Previously I'm from SK Rapat Jaya). Saya edarkan sehelai kertas a4 kepada setiap murid dan saya minta murid hasilkan template facebook mereka sendiri.(Kebanyakan murid di dalam kelas pada waktu itu mempunyai akaun facebook). Oleh itu, tidak menjadi masalah kepada mereka untuk memahami dan melukis gambar facebook layout mereka sendiri. Setelah itu, saya minta mereka menulis status pada hari tersebut. Seterusnya saya minta mereka mencari kawan untuk menulis di status mereka. Macam best je kan sampai saya pun tumpang sekaki tulis di facebook status mereka. Boleh lihat gambar di bawah sebagai contoh.



Setelah siap, saya kutip dan betulkan kesalahan tatabahasa. Di atas ini adalah hasil kerja Amierol Haziq  yang saya simpan sebagai kenangan. 

Aktiviti membuat bento untuk anak-anak

Bento secara amnya bermaksud bekal makanan di dalam bahasa jepun. Beberapa bulan ini saya cuba membuat bento untuk Iman ke sekolah. Saya cuba meneroka seni bento sewaktu saya bercuti bersalin dan ianya memberi kelainan kepada saya. Sesuatu yang sangat hebat. Awesome! Sejujurnya saya sangat gembira membuat bento( selain ianya sangat menjimatkan). Saya mula berkenalan dengan rakan-rakan dari kelab bento Malaysia di facebook dan ianya sangat bermanfaat. Di bawah ini adalah bento yang saya buat untuk Iman ke sekolah.



Antara bahan keperluan membuat bento adalah bekal makanan, silicon bowl, sauce container dan picks. Bagi membuat bento beberapa jenis acuan boleh digunakan iaitu acuan nasi pelbagai bentuk (seperti di atas saya menggunakan acuan nasi berbentuk muka panda), rumpai laut, cheese dan sayuran sebagai hiasan. 

setelah membuat bento, bolehlah kita punch rumpai laut bentuk mata, hidung dan mulut dan lekatkan dengan menggunakan mayonaise. Letak lauk pauk di dalam silikon bowl bagi mengelakkan basi dan akhir sekali cucuk picks sebagai hiasan.

Aktiviti bercerita menggunakan LOTS dan HOTS.

Pendidikan di Malaysia kini adalah berdasarkan Pembelajaran Abad ke 21 yang mana ianya menekankan konsep hots(high order thinking skills) namun tidak mengabaikan lots(low order thinking skills). 

Di sini saya ingin kongsikan aktiviti membaca yang saya lakukan bersama -sama Aleesya. Suka saya nyatakan di sini saya lebih senang memilih buku-buku yang boleh meransang sensory anak-anak.Kaedah ini dinamakan multi-sensory yang mana kita menggalakkan anak-anak menggunakan keseluruhan deria seboleh mungkin. Terdapat pelbagai jenis 'creative books' di pasaran. Antaranya adalah seperti pops up book dan magnetic books. ( Please take note: saya dapati buku-buku jenis ini kebanyakkannya adalah di dalam Bahasa Inggeris. How I wish to read prophets pops up book in malay language -sigh) 

Saya kongsikan di sini 'story time' bersama-sama Aleesya menggunakan pops up book. 

                    
      

Tajuk cerita ini adalah Dino-mite mengisahkan seekor anak dinasour berwarna hijau mencari ibu bapanya. Bagaimana saya bercerita adalah berpandukan gambar. Saya bertanya soalan bahasa inggeris aras mudah beberapa kali bagi aktiviti pengukuhan secara tidak langsung sewaktu bercerita. Misalnya, what is the name of the dino? Sambil bercerita saya melakukan aktiviti penyoalan secara santai bagi tujuan pemahaman. 

Sekarang kita tumpukan bagaimana soalan lots dan hots digunakan sewaktu bercerita. Bagi tujuan ini, kita perlu merujuk kepada 6 bahagian asas iaitu remembering, understanding dan applying adalah di bawah kumpulan lots manakala analyzing, evaluating dan creating berada di dalam kumpulan hots. Saya cuba menggunakan ke enam-enam bahagian bersama-sama Aleesya dan saya boleh katakan 70% adalah berjaya. ( Bergantung kepada tujuan anda, sama ada tujuan anda adalah bagi tujuan pemahaman jalan cerita atau pengukuhan bahasa- secara amnya menitikberatkan bahasa komunikasi kepada anak-anak). Contoh soalan lots yang saya ajukan adalah seperi berikut:

1. Remembering- What is this? (tunjuk kepada gambar dinasour)

2. Understanding- Is dexter green in colour?  (Saya boleh menyoal 'is dexter green?' tetapi saya gunakan perkataan colour bagi memberi clue kepada jawapan. Perlu diingatkan, perlu tunjuk ke arah gambar sebagai penekanan kaedah multi sensori. Apakah respon Aleesya kepada soalan ini? Dia bertanya saya kembali green? Hijaukan mama. Di sini ulang semula soalan agar dia boleh memahami soalan jenis terbuka(yes/no answers). Misalnya, again Aleesya 'Is Dexter green in colour? Yes or no? dan dia boleh memahami soalan dan memberi jawapan yang betul.

3. Applying- Dexter can walk. Can Aleesya walk like Dexter? Bagaimana hendak memberi pemahaman kepada anak 5 tahun adalah melalui aksi(multi-sensory again). Sewaktu menyoal, pada perkataan walk ibu bolehlah membuat aksi berjalan menggunakan jari. Respon aleesya adalah seperti'berjalan ke mama' . Seperti biasa tanya semula seperti di atas dan sehingga dia boleh memberi jawapan terbuka (yes/no).

Kita beralih pula kepada soalan hots.

4. Analyzing- How many dinasours in the story?Jadi di sini kita boleh melakukan aktiviti mengira dinasours dari muka hadapan sehingga muka terakhir. Is it fun? 

5. Evaluating - why is dexter searching for his parents? Ini adalah soalan aras tinggi yang mana merlukan jawapan di luar kotak. Di sini saya menyoal di dalam bahasa inggeris dan terjemah ke dalam bahasa malaysia. Tujuan saya di sini bukanlah untuk pengukuhan bahasa tetapi ingin melihat sejauh mana si cilik saya boleh berfikir. Jawapan yang diberikan oleh Aleesya adalah takut. Mungkin kerana dia tidak mahir lagi untuk menghurai jawapan dengan lebih jelas dan mampu memberi jawapan yang ringkas.

6. Creating- What would happen if Dexter could not find his parents? Saya menggunakan kaedah yang sama seperti di nombor 5 untuk soalan ini dan jawapan yang diberikan adalah sama iaitu takut. Oleh itu saya bertanya si kakak iman ( tahun 2) soalan ini dan iman menjawab 'dexter akan cari lagi ibu bapa dia sampai jumpa. ' Lihat di sini there are two points of view from my daughters. 

Kaedah yang saya gunakan ini boleh digunakan untuk keluarga seperti saya yang mana keluarga kami menggunakan sepenuhnya bahasa melayu di dalam kehidupan harian( walaupun saya guru bahasa inggeris tetapi saya tidak bertutur dengan suami bahasa ini) Selamat mencuba.



Friday, January 2, 2015

Membuat aktiviti diorama bersama anak-anak.

Saya telah menghadiri kursus Linus Bahasa Inggeris seminggu selepas cuti persekolahan bermula. Salah satu aktiviti yang dilakukan adalah menghasilkan diorama. 

Aktiviti ini sangat menarik namun ianya agak tidak praktikal memandangkan tempoh masa yang diambil agak panjang (mungkin memerlukan lebih daripada 1 jam pengajaran). Kami tidak sempat menyiapkan tugasan diorama ini di PPD. 

Oleh itu, saya berpeluang menyambung tugasan menyiapkan diorama ini di rumah bersama anak-anak. Melihat gelagat aleesya yang sangat teruja dan reaksi iman yang ingin tahu apa itu diorama, bersilat juga saya menjawab soalan demi soalan daripada mereka. Phew.. dan ini lah hasilnya. Tara..



Mari saya terangkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan diorama. Bahan utama bagi menghasilkan diorama adalah kotak kasut bersama penutupnya dan kertas pembalut hadiah. Bahagian penutup kotak kasut diletakkan di bahagian bawah bahagian terbuka kotak kasut . Balut kesemua bahagian bertutup bersama-sama dengan menggunakan kertas pembalut hadiah.

Seterusnya, tampal kertas kosong berwarna di dalam kotak( bergantung kepada tema). Contoh di atas saya menggunakan tema sea creatures oleh itu saya memilih kertas biru lembut sebagai background kepada tema saya.

Bagi mewarna item atau objek-objek bagi diorama, perlu diingatkan kita perlu memilih objek-objek yang bersifat simetri iaitu dengan kata lainnya objek perlu diwarnakan dihadapan dan dibelakang. Lekatkan gambar(kedua-dua gambar simetri yang sama di depan dan di belakang bersama-sama dengan benang).

Lekat atau tebuk benang di bahagian atas kotak. Susun selebihnya dibahagian bawah kotak(iaitu penutup kotak yang dilekatkan bersama-sama tadi).


Aktiviti ini sangat bermanfaat untuk dilakukan bersama keluarga. Jika anda seorang guru tahap 1 saya cadangkan anda memaklumkan kepada ibu bapa untuk membuat tapak diorama di rumah terlebih dahulu. Selainnya boleh diselesaikan di sekolah.

Thursday, January 1, 2015

Latihan menjahit menggunakan plat jahitan bagi kanak-kanak

Yang sebetulnya, sudah lama saya tidak melakukan aktiviti bersama anak-anak memandangkan saya baru selesai tempoh berpantang dan agak sibuk dengan anak kecil. Tambahan pula, saya juga bersengkang mata menyiapkan tugasan ilmiah akhir universiti maka anak-anak agak terabai.

Sejujurnya, saya agak berasa ralat kerana kurang memberi perhatian kepada anak-anak. Apa yang sangat mendukacitakan saya adalah sewaktu melihat keputusan peperiksaan akhir tahun Iman yang agak merosot. 

Saya percaya ini adalah permulaan dan saya perlu melakukan perubahan sedikit demi sedikit (bukan secara drastik) bagi memperbetulkan segala kesalahan yang telah dilakukan sebelum ini. (Ibu bapa juga perlu menerima bahawa mereka juga ada melakukan kesilapan pada anak-anak).Luahan hati sebenarnya.

Banyak aktiviti yang telah saya lakukan bersama iman dan aleesya pada cuti kali ini. Namun bagi aktiviti menjahit saya memilih untuk melakukan nya bersama Iman kerana aleesya masih kecil.


Bekas brooch ini saya buat sewaktu mengajar di salah sebuah sekolah ABIM Mahad Al Ummah suatu masa dulu( sekarang saya adalah seorang guru di sekolah cluster kecemerlangan SK Seri Ampang). Saya cuba cari plat plastik ini (saya tidak pasti apa nama sebenarnya). Sebetulnya agak sukar mencari plat plastik ini kerana ianya sudah ketinggalan zaman (outdated product huhu). 

Saya jumpa plat plastik ini di sebuah kedai di bandar ipoh. Taukeh kedai meminta saya membeli kesemua sekali kerana tiada orang yang mahu beli produk ini lagi. Beliau menjual dengan harga yang agak murah 20 sen bagi setiap plat.

Gambar di atas adalah plat jahitan berbentuk empat segi tepat. Di sebelah kiri adalah plat yang telah siap berjahit. Sekarang saya terangkan cara-cara menjahit di atas plat ini. Alatan dan bahan yang diperlukan adalah plat plastik, benang bulu kambing dan jarum.


Mulakan jahitan dengan simpul pada jarum seperti biasa. Pertama kita jahit di atas plat plastik yang berbentuk siput terlebih dahulu seperti di bawah. Dan seterusnya jahit disekeliling dan ditengah-tengah menggunakan jahitan cross-stich. Akhir sekali kemaskan jahitan dengan menjahit garis di sekeling kelopak bunga. Jahitan sembat digunakan pada akhir proses jahitan iaitu sewaktu mencantumkan plat.

Bagi aktiviti ini saya hanya memantau iman untuk melakukan jahitan cross-stich. Daripada pemantaun saya, aktiviti ini melatih Iman supaya stay focus bagi kendalian tugasan yang diberikan. Selain itu, aktiviti ini mengajar Iman supaya cermat dan berhati-hati sewaktu menjahit. Tidak dinafikan dia agak berputus asa terutama apabila melakukan kesilapan sewaktu menjahit. Namun saya katakan padanya agar tidak berputus asa.dan cekal menghabiskan kerja yang diberikan. Gambar di atas adalah plat ke-2 dan saya berharap kami berdua dapat menyiapkan 6 plat plastik bagi menghasilkan bekas brooch.

Harry Potter muslim for fancy dress competition

My daughter took part in a fancy dress competition. I did not buy the costume nor borrow it from somewhere. Eventually, we used what we foun...