Pendidikan di Malaysia kini adalah berdasarkan Pembelajaran Abad ke 21 yang mana ianya menekankan konsep hots(high order thinking skills) namun tidak mengabaikan lots(low order thinking skills).
Di sini saya ingin kongsikan aktiviti membaca yang saya lakukan bersama -sama Aleesya. Suka saya nyatakan di sini saya lebih senang memilih buku-buku yang boleh meransang sensory anak-anak.Kaedah ini dinamakan multi-sensory yang mana kita menggalakkan anak-anak menggunakan keseluruhan deria seboleh mungkin. Terdapat pelbagai jenis 'creative books' di pasaran. Antaranya adalah seperti pops up book dan magnetic books. ( Please take note: saya dapati buku-buku jenis ini kebanyakkannya adalah di dalam Bahasa Inggeris. How I wish to read prophets pops up book in malay language -sigh)
Saya kongsikan di sini 'story time' bersama-sama Aleesya menggunakan pops up book.
Tajuk cerita ini adalah Dino-mite mengisahkan seekor anak dinasour berwarna hijau mencari ibu bapanya. Bagaimana saya bercerita adalah berpandukan gambar. Saya bertanya soalan bahasa inggeris aras mudah beberapa kali bagi aktiviti pengukuhan secara tidak langsung sewaktu bercerita. Misalnya, what is the name of the dino? Sambil bercerita saya melakukan aktiviti penyoalan secara santai bagi tujuan pemahaman.
Sekarang kita tumpukan bagaimana soalan lots dan hots digunakan sewaktu bercerita. Bagi tujuan ini, kita perlu merujuk kepada 6 bahagian asas iaitu remembering, understanding dan applying adalah di bawah kumpulan lots manakala analyzing, evaluating dan creating berada di dalam kumpulan hots. Saya cuba menggunakan ke enam-enam bahagian bersama-sama Aleesya dan saya boleh katakan 70% adalah berjaya. ( Bergantung kepada tujuan anda, sama ada tujuan anda adalah bagi tujuan pemahaman jalan cerita atau pengukuhan bahasa- secara amnya menitikberatkan bahasa komunikasi kepada anak-anak). Contoh soalan lots yang saya ajukan adalah seperi berikut:
1. Remembering- What is this? (tunjuk kepada gambar dinasour)
2. Understanding- Is dexter green in colour? (Saya boleh menyoal 'is dexter green?' tetapi saya gunakan perkataan colour bagi memberi clue kepada jawapan. Perlu diingatkan, perlu tunjuk ke arah gambar sebagai penekanan kaedah multi sensori. Apakah respon Aleesya kepada soalan ini? Dia bertanya saya kembali green? Hijaukan mama. Di sini ulang semula soalan agar dia boleh memahami soalan jenis terbuka(yes/no answers). Misalnya, again Aleesya 'Is Dexter green in colour? Yes or no? dan dia boleh memahami soalan dan memberi jawapan yang betul.
3. Applying- Dexter can walk. Can Aleesya walk like Dexter? Bagaimana hendak memberi pemahaman kepada anak 5 tahun adalah melalui aksi(multi-sensory again). Sewaktu menyoal, pada perkataan walk ibu bolehlah membuat aksi berjalan menggunakan jari. Respon aleesya adalah seperti'berjalan ke mama' . Seperti biasa tanya semula seperti di atas dan sehingga dia boleh memberi jawapan terbuka (yes/no).
Kita beralih pula kepada soalan hots.
4. Analyzing- How many dinasours in the story?Jadi di sini kita boleh melakukan aktiviti mengira dinasours dari muka hadapan sehingga muka terakhir. Is it fun?
5. Evaluating - why is dexter searching for his parents? Ini adalah soalan aras tinggi yang mana merlukan jawapan di luar kotak. Di sini saya menyoal di dalam bahasa inggeris dan terjemah ke dalam bahasa malaysia. Tujuan saya di sini bukanlah untuk pengukuhan bahasa tetapi ingin melihat sejauh mana si cilik saya boleh berfikir. Jawapan yang diberikan oleh Aleesya adalah takut. Mungkin kerana dia tidak mahir lagi untuk menghurai jawapan dengan lebih jelas dan mampu memberi jawapan yang ringkas.
6. Creating- What would happen if Dexter could not find his parents? Saya menggunakan kaedah yang sama seperti di nombor 5 untuk soalan ini dan jawapan yang diberikan adalah sama iaitu takut. Oleh itu saya bertanya si kakak iman ( tahun 2) soalan ini dan iman menjawab 'dexter akan cari lagi ibu bapa dia sampai jumpa. ' Lihat di sini there are two points of view from my daughters.
Kaedah yang saya gunakan ini boleh digunakan untuk keluarga seperti saya yang mana keluarga kami menggunakan sepenuhnya bahasa melayu di dalam kehidupan harian( walaupun saya guru bahasa inggeris tetapi saya tidak bertutur dengan suami bahasa ini) Selamat mencuba.